Amalkan Petua Ini, Insya Allah Keluarga Anda Akan Kekal Bahagia Antara Suami Isteri

Petua kekal bahagia suami isteri merupakan suatu petua yang baik kepada pasangan suami isteri. Pasangan suami isteri haruslah sentiasa berdoa agar hubungan perkahwinan mereka suami isteri kekal bahagia, ceria, aman, damai, mendapat berkat dan redha dari Allah. Berdoa kepada Allah adalah sesuatu petua kekal bahagia suami isteri yang ampuh.

Disamping kita berdoa, kita juga harus berusaha untuk sama-sama menjaga dan memahami situasi cara bagaimana untuk kekal bahagia suami isteri. Terdapat banyak tips, panduan, kaedah, teknik, rahsia, bagaimana cara petua kekal bahagia suami isteri yang boleh dilakukan oleh para suami dan isteri dalam usaha sama-sama mencapai kebahagiaan rumahtangga.

Rumahtangga kekal bahagia apabila suami dan isteri sentiasa bertolak ansur, faham memahami ‘software dan hardware’ seseorang suami dan juga isteri. Bertolak ansur dan belajar saling faham memahami sifat dan perilaku pasangan ini akan menjadikan petua kekal bahagia suami isteri berkesan kepada pasangan suami dan isteri.

Antara petua kekal bahagia suami isteri ada dinyatakan dalam artikel dibawah ini. Ianya membicarakan perkara dan faktor yang berkaitan untuk kebahagiaan rumahtangga suami dan isteri.

Petua Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga

1. Sentiasa Bersyukur – Banyakkan bersyukur pada Allah s.w.t. dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku?

2. Kawal Emosi dan Bermujahadah – Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah atau rugi. Kawal mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca Al Quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.

3. Muhasabah Diri – Selalu minta ampun dengan Allah s.w.t. kerana kita hamba-Nya yang lemah tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. Jangan fikir kita rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu. Kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat, yang sebenarnya tidak kekal.

Demikianlah perkongsian mengenai petua kekal bahagia suami isteri.

Jadikanlah panduan, tips, kaedah, teknik, cara bagaimana, rahsia atau petua kekal bahagia suami isteri ini sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan suami dan isteri.
In sha Allah.

Author: admin

Leave a Reply