PU Amin Pesan Amal Baca Ayat 5 Surah Ad Dhuha Untuk Elak Hutang Bertimbun

Pelbagai cara dilakukan oleh pendakwah atau penceramah untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Salah seorang yang aktif menyampaikan dakwah di media sosial adalah PU Amin yang juga terkenal dengan seorang pendakwah yang lantang bersuara membabitkan pelbagai isu.

Dalam posting di laman instagram itu beliau berkongsi kelebihan mengamalkan Ayat 5 Surah Ad Dhuha di mana hati akan jadi lebih tenang dan dibukakan jalan oleh Allah SWT.

Menurutnya juga masyarakat kita hari ini berdepan dengan senario gaji yang banyak tetapi tidak pernah cukup, masalah bertimbun hingga meninggalkan beban, serta serabut dengan urusan kerja.

Bukan itu sahaja bagi mereka yang berdepan masalah ahli keluarga sukar dibentuk juga boleh amalkan ayat ini supaya kehidupan menjadi lebih teratur dan harmoni.

Posting beliau ini mendapat hampir 20 ribu butang like dan ini adalah salah satu menyebaran dakwah masa kini melalui media sosial. Posting yang ditulis ini juga turut mendapat respon positif dari netizen.

linda_ghazali: Alhamdullillah ,terima kasih atas perkongsian

hafiezmr: Jawapan selama ini d cari…terima kasih atas perkongsiannya 

nasihatkakak:surah al waqiah pun sama.. alhamdulillah.. masalah selesai satu persatu dgn tidak disangka2..ujian dtg btubi2..ttp lepas baca amalkn surah alwaqiah setiap hari selepas solat subuh dan sebelum tidur.. hidup rsa tenang..xgelisah.. mslh hutang pun selsai..

PU Amin memang dikenali sebagai salah seorang pendakwah yang lantang bersuara berkenaan pelbagai isu membabitkan agama di media sosial.

Author: admin

Leave a Reply