Akal kurang sempurna, tapi anak Zarina Zainuddin tetap bersolat mengundang rasa sebak!

Umum mengetahui bahawa pelakon, Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kemmbar autisme iaitu Azal dan Azil yang dibesarkan sejak dari kecil.

Baru-baru ini, pelakon berusia 48 tahun itu berkongsi sebuah video di laman Instagram yang kelihatan salah seorang anaknya Azal sedang menunaikan solat.

Walaupun ibadah solat merupakan perkara yang tidak wajib bagi mereka, nampaknya Zarina telah memberikan asas didikan agama kepada anak-anaknya.

MENERUSI RAKAMAN VIDEO BERDURASI 41 SAAT BERKENAAN, AZAL YANG BERUSIA 23 TAHUN ITU KHUSYUK MELAKUKAN SETIAP PERGERAKAN DENGAN LANCAR TANPA BANTUAN IBUNYA.

POSTING TERSEBUT SECARA TIDAK LANGSUNG MENARIK PERHATIAN PENGIKUTNYA YANG RATA-RATA MENGUCAPKAN SYUKUR DAN MEMUJI TINDAKAN AZAL ITU.

SUMBER : ZARINA Zainuddin via CelotehSaje

Author: Rahsia Rumahtangga Dot Com

Leave a Reply