Wahai Encik Suami, Ini 9 Tanda Isteri Anda Seorang Supermom

Masa baru pertama kali menguruskan anak, memang macam-macam perkara yang wanita mungkin struggle nak buat. Perasaan cemas, risau, dan resah silih berganti. Ini tak betul, itu tak betul. Ada saja perkara yang membuat mereka rasa ‘tak cukup bagus’.

Apapun, naluri keibuan seorang isteri biasanya tentu akan menyerlah. Bak supermom, isteri anda kini mempunyai pelbagai jenis ‘bakat terpendam’ yang anda tak pernah tahu selama ini.

9 TANDA ISTERI ANDA SEORANG SUPERMOM

1. BUAT SEMUA PERKARA DENGAN SEBELAH TANGAN

Kalau anda perasan, sejak bayi lahir, isteri anda dah makin hebat buat semua benda pakai sebelah tangan saja. Sebelah mendukung bayi, sebelah lagi mencuci pinggan mangkuk, memasak, mengangkat baju di ampaian, dan sebagainya.

2. HAFAL SEMUA KARAKTER KARTUN KESUKAAN ANAK

Bila dah jadi supermom, memang tak sahlah kalau tak hafal semua karakter kartun yang anak suka tengok. termasuklah waktu siarannya. Ia seolah-olah dah menjadi sebahagian daripada hiburan mereka.

Bukan itu saja, isteri anda pun dah boleh ingat sepatah-sepatah lirik lagu temanya, episod apa, dan segala macam butiran penting berkaitan kartun tersebut. Secara tak langsung, mudahlah nak bercerita, bergurau, dan ambil hati anak-anak nanti.

3. ADA GAYA ‘NINJA’ YANG TERSENDIRI

Masa mula-mula ada anak, bukan senang nak tidur mereka, kan? Asal kita ‘lari’ saja, dia cepat perasan dan mencari. Ada bunyi sikit, habislah.

Jangan tak mengaku yang isteri (dan anda) ada gaya ‘ninja’ masing-masing. Punyalah menyelinap nak turun katil, menyorok tepi pintu, dan berjalan terjingkit-jingkit sebab nak elakkan bayi terjaga. Kalau nak buka plastik coklat pun, bukan main berhati-hati!

4. MENYUSU BADAN DI TEMPAT AWAM? NO PROBLEM!

Disebabkan isteri anda dah ada kepakaran menyelinap macam ‘ninja’, suami pula selalunya akan memainkan peranan menjadi ‘tiang’ untuk menyembunyikan mereka semasa menyusukan anak.

Rasanya kalau tak ada nursing cover pun, seorang supermom biasanya dah boleh menyusu badan di tempat awam secara rahsia. Sampaikan suami sendiri tak perasan langsung mereka tengah menyusukan bayi. Sebenarnya, ada wanita yang boleh susukan bayi sambil makan, berjalan dan tengok-tengok baju dalam kedai. Hebat, kan?

5. DALAM 1 JAM, ISTERI ANDA BOLEH SIAPKAN 10 PERKARA (ATAU LEBIH)

Ibu-ibu memang hebat dalam bab multitasking ini. Zup zup zup, semua siap. Sambil memasak, boleh basuh baju, basuh pinggan, dan siapkan keperluan bayi nak mandi kejap lagi. Rasa rugi pula kalau tak buat sekurang-kurangnya 2 benda alam 1 masa.

Apapun, ibu-ibu kena relaks juga sebab multitasking boleh menjadikan anda cepat letih tanpa disedari.

6. BARANG KELENGKAPAN SERBA CUKUP

Bezanya lelaki dengan perempuan bila nak keluar adalah mereka akan sediakan segala macam keperluan. Semuanya boleh dikatakan penting. Bagi ibu menyusu dan bekerja pula, sekali keluar dah macam nak balik kampung. Ada beg susu perahan, set pam susu, bekal pakaian anak, dan macam-macam lagilah untuk ke pejabat juga. Nak dukung babylagi.

Susah macam mana pun, isteri anda tetap akan bawa juga tanpa tinggalkan 1 barang pun. Kalau boleh, semuanya tetap diangkut dalam 1 trip saja!

7. HEBAT MENCARI BARANG

Oh ya, walaupun barang dah makin bertambah, isteri anda tetap pakar dalam hal mencari barang. Sekalipun barang tersebut bukan barang anda, anda tetap rasa macam tahu-tahu saja kat mana nak cari. Cakap sajalah nak cari apa, mereka ini macam ada sixth sense yang bertindak sebagai GPS.

Tapi pakar macam mana pun, tetap ada 2 benda yang perempuan akan selalu hilang – getah rambut dan kerongsang. Tak tahu kenapa, yang ini macam tak register sangat dalam otak mereka.

8. SENTIASA CATU WAKTU TIDUR

Sejujurnya, walaupun dah ada rutin harian, bukan senang nak tidurkan anak kecil. Dia macam tahu-tahu saja ‘rancangan’ yang bermain dalam fikiran ibu. Selagi itulah mereka ‘tahan mata’ dan berkeras tak mahu tidur. Kasihan isteri yang tak cukup tidur.

Jadi, ringankanlah tangan untuk bantu isteri dapatkan tidur yang optimum. Ini kerana, mood keluarga selalunya bergantung pada mood isteri. Kalau dia happy, tentu satu keluarga happy!

9. PAKAR ‘MELILIT’ BAYI

Tak kisahlah nak pakaikan bedung ke, atau nak pakai baby wrap / carrier, anda memang tak ada masalah untuk melakukannya. Nampak berbelit-belit, tapi isteri anda boleh melakukannya dengan laju dan tangkas.

Bayi pun tak menangis, happy, dan nampak selesa dengan cara anda memakaikan mereka. Tak sampai 10 minit, ada yang dah terus lelap!

SETIAP IBU ADALAH SUPERMOM!

Jika diingat kembali, awal saat kehamilan dan kelahiran bayi memang mencabar dan serba tak kena. Tapi selepas beberapa bulan, isteri anda akan menjadi seorangsupermom yang luarbiasa! Terlalu banyak lagi kelebihan ibu yang sememangnya unik dan wajar dihargai.

Jadi, raikanlah moment anda bersama isteri yang tercinta. Pengorbanan mereka amat besar dalam membesarkan anak-anak anda!

Sumber: Sirap Limau

Author: admin

Leave a Reply