Inilah 6 Petua Menyimpan Pisang Supaya Tahan Lebih Lama

Umum mengetahui, pisang adalah antara buah yang paling cepat masak dan kebiasaannya, belum pun sempat kita menghabiskannya ia sudah menjadi lembik dan busuk.

Pisang mengandungi vitamin dan mineral yang sangat tinggi selain kaya dengan sumber nutrien yang sangat bermanfaat pada kesihatan kita. Selain daripada itu, pisang juga dapat menurunkan berat badan kita kerana kandungan serat dieterinya ditambah dengan bahan pektin dan oligosakarida membantu mengurangkan bakteria jahat di dalam usus kita dan juga melancarkan sistem perkumuhan kita. Oleh itu, bagi wanita yang hendak berdiet, pisang adalah makanan yang perlu anda tambah dalam senarai diet anda.

Namun begitu, kebanyakan orang berpendapat pisang terlalu manis dan bimbang jika ia mempunyai kalori yang sangat tinggi walhal sebenarnya kandungan kalori yang terdapat dalam pisang adalah bersamaan dengan kandungan kalori separuh mangkuk nasi.

Selain daripada dapat mengurangkan berat badan, pisang juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan kekejangan otot.

Manakala kandungan magnesium yang terdapat dalam pisang pula berperanan menghapuskan keletihan dan membantu menghasilkan serotonin (bahan kimia dalam badan yang membawa mesej ke otak untuk menghantar isyarat gembira dan tenang) dalam otak.

Namun sayang sekali kerana buah ini sangat cepat menjadi lembik dan busuk. Ianya sangat sukar untuk kita menghabiskan sesisir pisang dalam masa yang singkat. Hendak dibuang rasa sayang. Mujurlah ada beberapa petua mudah untuk mengatasi masalah ini dan pasti anda tidak sabar untuk mengetahuinya.

Berikut adalah petua mudah yang boleh anda cuba praktikkan:

#1 Pilih sesisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masak

  • Ini kerana, anda tidak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.

#2 Basuh pisang dengan air bersih

  • Kebanyakan peniaga akan menyemburkan sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu, dengan membasuh pisang terlebih dahulu anda bukan sahaja dapat mengelakkan bahan kimia tersebut daripada membahayakan kesihatan anda malah dapat mengelakkan pisang daripada masak dengan lebih cepat.

#3 Simpan pisang dengan cara yang betul

  • Untuk mengekalkan kesegaran pisang, balut tangkai pisang dengan kertas timah atau surat khabar dan simpan di tempat yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Selain itu, anda juga boleh menggantung pisang itu dalam keadaan tangkainya menghala ke atas. Ini bertujuan untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada pisang.

#4 Jangan simpan pisang bersama-sama dengan epal

  • Hal ini kerana epal akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang mana ia akan menyebabkan pisang masak dengan lebih cepat.

#5 Elakkan hentakan yang kuat pada pisang

Anda hendaklah mengendalikan pisang dengan berhati-hati dan perlahan kerana jika pisang mengalami hentakan kuat yang kerap, ia akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap dan teksturnya menjadi lembik.

Bagaimana? Mudah bukan? Anda harus mencuba petua mudah ini supaya pisang dapat disimpan dengan lebih lama dan anda dapat menikmati buah kegemaran itu pada bila-bila masa sahaja.

Author: JVC

Leave a Reply