Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini.
Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi.
- 1 cawan air
- 1 sudu minyak masak
- 1 sudu serbuk sabun pencuci
- Botol ‘Spray’
Caranya:
- Tumbuk bawang putih dan cili padi.
- Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
- Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
- Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
- Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar