Suami Jangan Pulang Ke Rumah Dengan Muka Masam, Elak Isteri Dan Anak ‘Tawar Hati’ | Kalau difikirkan tugas dan kerja di pejabat memang tak pernah habis. Malahan, ada sesetengah mak ayah yang bawa pulang kerja di rumah. Kesannya yang boleh dilihat bila reaksi muka masam sebaik pulang. Tahu sahaja mesti ada masalah yang dihadapi.
Sebenarnya, sebarang masalah atau kerja tak siap di tempat kerja, tak perlulah membawanya ke rumah. Inilah yang memberi kesan kepada ahli keluarga. Raut wajah pasangan sama ada suami atau isteri boleh dilihat apabila ada masalah.
Jika belum berkahwin, hal ini bolehlah diselesaikan sendiri dan tiada siapa yang tahu. Tapi bagaimana bila dah berkahwin dan mempunyai anak, cara ini masih tetap sama dan tidak berubah. Dengan raut muka masam ini, sudah tentu ahli keluarga baik isteri atau anak tidak berani untuk tegur atau datang dekat.
Kasihanilah pasangan dan anak yang setia menunggu di rumah dan sabar menanti kepulangan. Melihat keadaan ini, mahunya mereka tawar hati dan tidak gembira.
Jadi, buat suami atau bakal suami mahupun pasangan masing-masing jangan terlalu mengikut perasaan. Belajarlah melayani pasangan dengan baik dan praktikkan apa yang dinasihatkan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Elak Muka Masam – NASIHAT BUAT PARA SUAMI DAN BAKAL SUAMI
1. Teruk mana pun dugaan di tempat kerja, kau tak usahlah pulang bawa muka masam dan kelat. Isteri dan anak-anak di rumah tak sabar nak tunggu kepulangan kita. Kalau asyik muka bengis, lama kelamaan mereka tawar hati. Elok bawa pulang buah tangan.
2. Isteri adalah hati dalam sesebuah keluarga. Jika isteri tak gembira, maka seisi rumah akan turut tak gembira. Anak-anak akan kuat meragam, makan minum tak terjaga, rumah tak terurus, walaupun rumah itu ada pembantu rumah. Jadi, jaga hati isteri baik-baik.
3. Kalau isteri marah, cepat-cepatlah pujuk. Tak usah biarkan isteri keluar rumah dengan hati sedih dan terluka. Di luar sana ramai lelaki baik yang inginkan wanita yang baik-baik, seperti isteri kau. Jadilah lelaki yang terbaik buat isteri kau yang baik tu.
4. Isteri akan cepat syak wasangka jika kita selalu menyembunyikan status perkahwinan. Oleh itu, kalau pergi mana-mana majlis, elok bawa sekali isteri. Kenalkan dia pada kawan-kawan kita. Tapi kalau dia tak mahu ikut, tak usahlah dipaksa. Pujuk elok-elok.
Baik suami atau isteri tidak perlulah bawa masalah kerja balik ke rumah. Bila ada masalah, secara tak langsung, kita akan lepaskan pada anak-anak, walaupun anak hanya buat salah yang kecil sahaja.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nasihat untuk diri sendiri