“Penggali Ku.bur akui pus4ra paling cantik, terasa sejuk lantainya seolah dari batu marmar” luahan suami ust4zah Shadiya

“ALHAMDULILLAH, jen3zah isteri saya neg4tif C0vid19,” demikian kata Mohd Khairul Azman Md Daud, suami kepada pend4kwah terkenal, Allahyarh4mah Shadiya Abbas.

Mengesahkan perkara itu menerusi satu p0sting di Fesbuk pada Isnin, Mohd Khairul berkata keputusan berkenaan dimaklumkan selepas pihak h0spital melakukan dua kali ujian terhadap jen4zah isterinya.

Menurut Mohd Khairul, jen4zah isterinya akan dibawa pulang ke M4sjid Puncak Alam, Selangor untuk urusan peng3bumian yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Insya-Allah jen4zah akan dibawa balik ke M4sjid Puncak Alam untuk dimandikan, dikaf4nkan dan disolatkan selepas solat Zohor. Disemadikan di Tanah Perku.buran Feld4 Bukit Cherakah Puncak Alam.

“Maaf jika saya katakan tuan/puan tak perlu hadir. Hanya doa yang kami pinta agar arw4h diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para solihin.

“Pihak p0lis hanya membenarkan keluarga terdekat saja untuk uruskan jen4zah. Digalakkan buat solat jen4zah ghaib. Ampun maaf,” tulisnya lagi.

Allahyarh4mah Shadiya, 40, m3ninggal dunia pada jam 5.05 pagi Ahad di H0spital Sungai Buloh akibat ses4k nafas.

Terdahulu pada Ahad, Mohd Khairul berkata jen4zah isterinya masih belum boleh dibawa pulang kerana pihak h0spital perlu membuat ujian pengesanan w4bak C0vid19.

Luahan suami menemani perjalanan akhir bidadarinya

PERJALANAN TERAKHIR

====================

Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengk3bumian jen4zah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00 petang di Tanah Perku.buran Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..

Urusan mandikan jen4zah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meningg4lkan abg, sayang mandikan abg.

Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jen4zah.

Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan j3nazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga saya berada dalam rahmat Allah.

Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

Terima kasih kepada semua yang memb4ntu urusan jen4zah, b4ntu sediakan makanan, memberi sumb4ngan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hut4ng arwah pada kalian, maklumkan pada saya.

Jom kita sama² baca doa ini

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Dalam pada itu, anak sulung pasangan berkenaan, Ahmad Al Fateh turut menulis coretan di Fesbuk meluahkan rasa sedih atas pemergian ibunya.

“Mama, tahun lepas raya tapi raya tahun ni dah tak ada peluang untuk mama suapkan saya. Mama masak sedap-sedap.

“Mama la mama yang paling terbaik. Tak sempat saya nak peluk mama, salam mama, cium pipi mama. Ya Allah… mama dah tinggalkan family kita,” tulisnya.

Remaja berusia 16 tahun itu juga berkongsi betapa arw4h ibunya sentiasa sentiasa mendoakannya agar menjadi seorang penghafaz Al-Quran.

“Terima kasih mama sebab jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yang saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. Insya-Allah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma?,” tulisnya pada posting berkenaan.

Author: Thaqif

Leave a Reply