Kalau cerita pasal kain, setiap hari tak akan pernah habis. Dah siap sidai kain, berlipat pula belum selesai. Sudahnya kain berlonggok dalam bakul macam bukit!
Itu adalah situasi yang selalu berlaku di rumah bila mak-mak sekarang buat banyak kerja, walau pun dia seorang suri rumah.
Dan bukan orang yang sudah berkahwin sahaja, yang bujang pun sama. Bila ada tetamu datang, tergocoh-gocoh sembunyikan bakul-bakul dalam bilik tidur.
Haa… untuk mudahkan kerja rumah tangga, mak-mak boleh ikut cara Puan Ilidayana Sudirman ini.
Ok, mesin basuh ili 7kg je. Kalau korang punya lebih banyak, sila gandakan ikut nisbah la…
Simple je, syaratnya…
1. Strategi
Serang pakaian kecik-kecik dulu, macam cik sotong, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Cara ili, sangkut di tangan. Rujuk gambar. Tu semua suar kecik dak sarah, stok 3 hari je tu. Sampai kat ampai, yang ni ili settle sepit dulu.
2. Set masa
ili selalu gunakan cerita kat tv yang best, masa iklan berdesup ili siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, pastu sarah akan tolong jerit : ibu, cerita dah start!! Jadi ili pun cam exercise gak la kan sebab pegi balik 2 kali.
3. Guna hanger
Bab ni ili paling suka sebab dari hanger di ampaian, baju dah kering dan sejuk terus je masuk almari, so tak payah melipat dan kurang keje menggosok.
Haaa.. cubalah nanti tau.
Buat lelaju ni best, kira macam buat Tabata, intense in short periods.
Tip Lipat Kain:
1. Buat bakul masing-masing, contoh kalau ada anak 5… maka sila sediakan 5 buah bakul untuk diorang.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun tu mula sikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walau baru sekolah rendah.
Apa pun semuanya dari belah pihak mak ayah ya, kalau anda sendiri pun suka longgokkan baju dalam bakul maka jangan pelik anak pun jenis tak suka lipat baju!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Petua Ibu