Apabila sudah habis berpantang dan perlu bekerja semula, macam biasa pastinya ada segelintir mak-mak menyusu yang risau kalau tiba-tiba susu drop sebab tak boleh makan dan minum lebih teratur.
Mungkin tak semua tetapi akan ada sesetengah ibu yang menyusukan anak akan menghadapi masalah kekurangan susu. Biasanya kalau susu drop walaupun 10ml dari jumlah ibu biasa pump harian secara tiba-tiba, ibu mesti susah hati. Haaa, confirm ibu terus gali tip untuk banyakkan susu, bukan?
Jangan panik, sebab ibu kena tenang untuk dapatkan jumlah susu yang lebih lebat. Jom bongkar tip apa yang patut ibu buat…
1. Positif Mindset Dulu
Sangat sangat penting kena ada positive mindset, emosi dan persekitaran yang bahagia sebelum nak pam susu. Wajib!
Kena ceria lagi gembira, senyum terlebih gula. Paling penting, waktu nak mula pam susu ingat wajah bayi kita yang comel. Fikir bayi ketika mahu mengepam susu. Ini dipanggil grooming. Barulah badan akan menghantar isyarat ke otak bahawa emosi tengah positif. Cara ini akan merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak. Jadi,susu akan keluar dengan meriahnya.
2. Kerap bagi baby menyusu
Faham konsep Demand vs Supply? Ini adalah petua yang sangat penting ibu kena tahu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Konsep yang lebih mudah, lagi tinggi permintaan untuk menyusu dari bayi, lagi banyak penghasilan susu. Selagi ada permintaan, selagi itu susu akan ada. Sebab badan kita ini ‘pandai’, susu akan terhasil secukupnya untuk keperluan bayi kita.
Penyusuan hingga 10-12 kali lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kalau ada ibu yang pam susu sambil menyusu, lagi bagus.
3. Mak-mak Wajib Makanan Berkhasiat
Pernah tak anda perasan? Kalau kurang makan pada hari tertentu, maka ketika sesi mengepam, susu yang keluar adalah sedikit. Sebab itu, penting untuk ibu menyusu makan mengikut waktu yang betul dan makanan berkhasiat. Makanan haruslah kaya dengan protein dan tinggi zat. Sayur yang cukup dan buah buahan.
Antara jenis sayur yang dipercayai menambah susu ialah:
- Ulam-ulaman
- Pegaga
- Peria
- Lobak putih
- Brokoli
4. Minum air sebelum dan selepas penyusuan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil yang power, anda mesti minum air masak 2-3 liter sehari. Lebih kurang 13 cawan, ya. Wajib minum air sebelum dan selepas penyusuan/mengepam susu. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air soya, horlicks dan jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana mengandungi kandungan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu. Nak best, boleh buat susu+kurma.
Resepi Banyakkan Susu
Bahan-bahan:
- Air zam-zam (500mlm)
- Kurma(10 biji)
- Minyak habbatus sauda (3 titik)
Cara-cara :
Blender semua bahan di atas. Sedia diminum.
Nota :
Jika tak ada air zam-zam, boleh juga gantikan dengan air masak biasa atau air mineral.
Kenapa jus kurma untuk tambah susu ibu yang dibuat sendiri lebih baik?
- Tiada bahan pengawet
- Masih fresh
- Selamat sebab kita tahu bahan yang kita gunakan untuk resipi ini
- Jus kurma ini juga boleh diambil semasa hamil dan masa dalam pantang.
Jaga Jadual Penyusuan
Jadual menyusu yang betul, 2 jam sekali setiap penyusuan. Jangan tunggu breast penuh. Ada sesetengah ibu suka menjadikan breast penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa breast sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ini akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan breast “kosong”, dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
Jika anda dibelenggu masalah seperti ini sekian lama, anda boleh selesaikan dengan menggunakan tip di atas. Moga bermanfaat buat ibu-ibu muda yang masih berusaha untuk banyakkan air susu buat anak!