4 Tip Untuk Dapatkan Penginapan Pada Harga Yang Lebih Murah Ketika Anda Melancong

Hotel? Trivago. – Mungkin anda pernah mendengar tagline ini. Trivago merupakan antara solusi yang dibina bagi memudahkan pengguna memilih hotel pada kadar mengikut kemampuan masing-masing.

Tapi sebenarnya ada banyak cara lagi yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan hotel pada harga yang lebih murah. Jadi, kali ini kami nak kongsikan bagaimana cara kami mencari hotel yang lebih murah.

1 – Guna Airbnb.

Sekiranya anda biasa menggunakan Airbnb, anda akan tahu yang servis itu membolehkan orang awam menyewakan ruang tempat tinggal persendirian mereka kepada orang awam.

Disebabkan itu, ada juga yang menyewakan bilik sahaja dan itu merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin melancong secara bajet. Malah, hasil carian di laman web tersebut bagi negeri Penang juga mempunyai ruangan bilik yang cuma berharga RM39 sahaja.

2 – Cari Voucher di Mudah.my atau Shopee.

Voucher merupakan salah satu lagi pilihan yang popular bagi orang ramai mendapatkan diskaun bagi bilik hotel atau kawasan peranginan.

Tapi di mana nak cari voucher tu? Jawapannya di Mudah.my atau menerusi Shoppe. Keyword yang perlu anda cari adalah voucher hotel dan anda akan dapat senarai voucher-voucher yang dijual di laman web tersebut.


3 – Tengok Promo-Promo dekat Facebook Backpacker Buddy Malaysia (BBM)

Laman ini merupakan laman Facebook yang mesti diikut oleh para kaki melancong di Malaysia. Bukan sahaja ia akan memberikan info-info promosi harga tempat penginapan, malah ia juga menyediakan info-info menarik tentang tempat pelancongan.

Ikuti laman itu menerusi pautan ini: https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/

4 – Guna Fave 

>Pernah dengar Groupon? Sekarang ia sudah bertukar nama kepada Fave. Sama seperti Groupon, Fave menawarkan hotel-hotel dan tempat menginap dengan harga yang lebih murah. Lebih menarik, Fave juga ada menawarkan pakej-pakej percutian, makanan dan pelbagai servis lagi.

Author: JVC

Leave a Reply