Inilah 4 Jenis Senaman Terbaik Untuk Penghidap Asma, Tidak Membahayakan Dan Mudah

Kebiasaannya mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sukar untuk bernafas. MUNGKIN ramai di antara anda atau ahlli keluarga yang menghidap penyakit asma bukan?

Kebiasaannya mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sukar untuk bernafas. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat cara untuk mengubati dan menghindari daripada penyakit ini.

Berikut kami kongsikan empat jenis senaman yang terbaik untuk penghidap asma:

1. Renang

Tahukah anda, berenang boleh disifatkan sebagai latihan pernafasan terbaik. Ini kerana, sewaktu berenang seluruh anggota badan akan bergerak bagi menyempurnakan senaman ini. Jika anda sering berenang, kebarangkalian untuk menghidap asma adalah amat rendah.

2. Larian

Berlari atau ’jogging’ sememangnya terbukti berkesan untuk mereka yang mengalami asma. Tetapi anda dinasihatkan untuk berlari pada waktu panas atau di atas ’treadmill’. Untuk menjadikan aktiviti ini sebagai hobi, anda juga boleh menyertai program larian yang sering dianjurkan seperti marathon, walkathon, dan sebagainya.

3. Golf

Pasti ramai di luar sana yang tidak tahu bahawa sukan golf sebenarnya baik untuk penghidap asma. Sukan golf memerlukan anda untuk berjalan jarak jauh dan secara tidak langsung senaman ini baik untuk melatih pernafasan.

4. Bola Tampar

Bagi mereka yang mengalami asma tetapi ingin aktif bersukan, bola tampar adalah jawapannya! Selain dapat membantu mengawal pernafasan, sukan ini juga baik untuk menurunkan berat badan.

Author: JVC

Leave a Reply