Selalu Rasa Gelisah Dan Ketakutan, Ini Tip Merawat Penyakit Hati Agar Jiwa Lebih Tenang

Hati adalah sebahagian organ dalaman badan. Dengan hati jugalah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Jika baik hatinya, maka sudah pasti seseorang itu memiliki sifat terpuji. Dan begitu juga sebaliknya, jika mempunyai hati yang penuh niat jahat, maka sifat keji akan mempengaruhinya.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.

Oleh itu kita perlu menjaga sebaiknya hati agar tidak dipeengaruhi anasir jahat hingga boleh merosakkan akhlak seseorang. Antara penyakit hati adalah susah untuk mengerjakan solat. Jika yang wajib ini tidak diikuti, sudah pasti perkara baik lain juga agak sukar dilakukan.

Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan. Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.

1. Perbanyakkan bacaan Al-Quran

Perbanyakaan membaca Al-Quran dan lebih elok jika memahami maksudnya setiap ayat. Boleh juga amalkan membaca Yasin setiap malam kerana surah ini mempunyai aura menenangkan jiwa.

2. Bangun untuk solat malam

Antara solat yang boleh dilakukan seperti sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

3. Memperbanyakkan puasa

Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa sunat setiap Isnin dan Khamis juga banyak faedahnya. Selain dapat pahala, ia juga akan mengawal emosi kita agar tidak menjurus kepada masalah hati. Mislnya nafsu makan, nafsu marah, nafsu seks dan sebagainya.

4. Perbanyakkan zikir

Zikir mulis seperti Subhanallah, Astagfirullah, Alhamdulillah atau Lailahaillah juga boleh diamalkan setiap masa. Zikir bukan sahaja setakat dibibir tetapi buarlah smpai di hati.

5. Kurangkan bercakap

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

6. Sering mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan membaca Al-Quran juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

7. Jangan bergaul dengan orang ada penyakit hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati, kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT.

Author: JVC

Leave a Reply