Sangat Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam Pun Boleh, Rasa Pun Lagi Sedap!

Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik kan? Ramai tak tahu, guna telur ayam pun boleh juga rupanya. Hasilnya tetap sama macam telur itik.

Lagi satu, kalau beli yang dah siap pun boleh tahan mahal juga harganya. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri telur masin ni.

Paling best, kita guna telur ayam saja. Jimat pun jimat! Jom lihat cara-caranya di bawah.

Cara Buat Telur Masin Guna Telur Ayam

Bahan-Bahan:

  • 10 biji telur ayam
  • 250g garam kasar
  • Air secukupnya
  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit cili padi – ikut selera masing-masing

Cara Penyediannya:

1. Bersihkan telur ayam tersebut.

2. Sementara itu, larutkan garam bersama air secukupnya.

3. Hiris halus bawang putih dan cili padi.

4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.

5. Kemudian tambahkan lagi air ke dalam bekas telur tadi sehingga melepasi paras telur.

6. Tutup bekas itu dan biarkan rendam selama 10 hingga 15 hari sahaja.

7. Selepas tempoh masa itu, telur sedia untuk direbus menggunakan air rendamannya. Rebus selama 30 minit dan sedia untuk dijadikan.

8. Telur masin homemade siap! Selamat mencuba.

Kredit: Dapur Indonesia via My Resipi

Author: admin

Leave a Reply