Resepi Donut Tanpa Uli Tetap Lembut Walaupun Dah Sejuk

Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer, kadang-kadang ada yangmenyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan mungkin problem yang paling selalu berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.

Setelah percubaan demi percubaan, inilah resepi donut yang berjaya dihasilkan oleh Puan Nurul Azfa Azizan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nurul. Katanya, resepi ini menghasilkan teksturnya donut yang sangat lembut ‘seperti pipi baby yang bam bam’. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.

Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allahbagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi. Jom kita tengok resepi beliau ini selengkapnya.

RESEPI DONUT TANPA ULI, TAPI LEMBUT SAMPAI KE PAGI

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam

CARA-CARA

1. Satukan Bahan Basah. Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.

Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.

2. Satukan Bahan Kering. Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.

Ramas hingga sebati.

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah. Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.. Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.

4. Tunggu 1 Jam. Biarkan adunan tadi selama 1 jam. Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

5. Bentukkan Donut. Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.

6. Gorengkan.Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?

7. Salut Gula

Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor. Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.

SELAMAT MENCUBA

OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan? Cuba tau, jangan tak cuba!

Author: JVC

Leave a Reply