Doktor Kongsi Petua Merawat Dan Menyembuhkan Kencing Manis Dengan Hanya Menggunakan Limau Nipis Rebus

Doktor Kongsi Petua Merawat Dan Menyembuhkan Kencing Manis Dengan Hanya Menggunakan Limau Nipis Rebus

Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan2 saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya.

Ambil sebiji limau nipis.dan sumbat sebiji garam kasar di dalam nya dan rebus dengan tiga gelas air.Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya.Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum.

Perlu sedia gula2 atau makanan yang manis2 kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi kosong.Guna garam kasar size biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya.

Ingat yg penting hancurkan biji.Limau tu jika tak hancur kencing manisnya cuma kurang tapi tak sembuh.Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk.Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula.

Jom kita share dengan rakan2

Pertamanya, saya ucapkan “tahniah” kepada pesara imegresen berkenaan dan rakan-rakan beliau kerana “sembuh sepenuhnya” dari penyakit kencing manis. Mudah sungguh sembuh. Sedangkan doktor seluruh dunia berhempas pulas mencari ubat terbaik. ?

Kencing Manis adalah sejenis penyakit kronik yang tersenarai antara 5 penyakit kronik tertinggi di dunia.Saban waktu para doktor seluruh dunia merawat pesakit kencing manis dan komplikasi darinya. Sehingga kini lebih dari 422 juta orang pengidap kencing manis dan 2.2 juta kematian akibat paras gula yang melilau tinggi. Dijangka menjelang 2030, kencing manis adalah antara 7 peneraju utama kematian seluruh dunia.

Cuba bayangkan beratnya beban doktor dan pesakit dalam membanteras penyakit ini. Lebih membimbangkan lagi kencing manis ini adalah punca besar kepada kebutaan, sakit buah pinggang, serangan jantung, strok dan kaki dipotong akibat busuk. Kesemuanya memerlukan pemerhatian dan ketelitian dalam merawat pesakit.

Terdapat lebih dari 7 jenis ubat digunakan oleh pakar perubatan dalam mengawal gula dalam darah pesakit kencing manis. Selain dari memberi kaunseling kaedah pemakanan, cara hidup sihat, kurangkan stres dan tidak merokok, para doktor tidak jemu untuk terus merawat.

Saya terkesima dengan pengakuan ikhlas dari pesara imegresen berkenaan. Jika ianya benar, Malaysia akan mashyur seentero alam atas penemuan terbaru ini. Jika sekiranya benar dakwaan beliau ini, maka layak mendapat anugerah penciptaan ubat terunggul kencing manis di kurun ini.

Tetapi tidak semudah itu sesuatu ubat yang mempunyai “kuasa penyembuh” ajaib ini ditemui. Ubat Galega officinalis yang menjadi bahan asas metformin (ubat standard kencing manis) pun mengambil berkurun lamanya sebelum diluluskan kegunaannya. Proses penemuan sesuatu ubat mesti menjalani fasa-fasa yang cukup teliti, bukannya rebusan didapur dan terus terbukti!

Secara sinis, teringin saya bertemu beliau dan membuat catatan sejarah penemuan ini agar ianya termaktub dalam penulisan kes dunia perubatan. Jika sesiapa mengenali beliau, sila ketemukan saya.

Doktor adalah perantara, kuasa penyembuh adalah Allah jua.

Sumber
[1] Senarai penyakit kronik dunia. http://www.who.int/nmh/countries/en/
[2] Beban kencing manis dunia. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs312/en/
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga

Sumber: fb.com/drsuhazeli

Author: admin

Leave a Reply