Sejauh manakah adat bercukur bayi baru lahir yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu di negara ini selari dengan syariat Islam? Menjelaskan perkara ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus pernah mengeluarkan kenyataan dengan berkata, bagi memastikan majlis itu menepati sunnah Rasulllulah, rambut bayi yang baru lahir itu perlu dicukur semua.
“Memang tidak cukur masa majlis itu, kalau cukur masa itu berd4rah kepala budak, guntinglah sedikit-sedikit, lepas orang balik cukur semua rambut jadilah ia sunnah”, katanya.
Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, sebaiknya rambut bayi yang dicukur itu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak.
“Jumlah berat rambut itu sekian sekian gram kemudian kita tengok emas atau perak berapa harganya ikut gram rambut itu, jumlahnya itu kita sedekah kepada yang memerlukan”, katanya.
Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh. Perkongsian daripada Halimatulssaadiah Wan Jusoh boleh dijadikan sebagai rujukan para ibu bapa kerana didalam penulisannya juga, beliau ada berkongsi cara kiraan timbangan serta panduan mencukur yang betul.
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kek0toran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Cukur Rambut Baby Baru Lahir
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira baby girl or baby boy. Jangan cukur sipi-sipi je. Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi dar4h semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. D4rah kan kot0r. Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan. Contoh rambut babyR ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak. Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85. Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati. Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
- Ambil 1 bekas berisi air suam
- Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
- Guna pisau cukur gillette je or mane2 yang ada. Pastikan baru.
- Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
- Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
- Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
- Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
“Rasa sayang pula nak botakkan rambut Hannah masa majlis aqiqah dan cukur jambul nanti. Tapi, Mak kata ianya sunnah. Jadi, mestilah ada kelebihan mencukur rambut bayi dari segi kesihatan juga agaknya ya?”
Dalam kebanyakan kes, terutamanya di Malaysia, seorang bayi akan dicukurkan kepalanya atas dasar kepercayaan dan agama. Di negara Asia, ramai yang mengamalkannya sebagai salah satu adat turun-temurun.
Adapun acara cukur jambul ini membawa maksud tersendiri dari segi agama masing-masing, terdapat juga kelebihan mencukur rambut bayi jika dilihat dari sudut kesihatan.
CUKUR JAMBUL ATAU CUKUR RAMBUT?
Dalam Islam, ia afdal dilakukan pada hari ke-7 selepas bayi dilahirkan dan biasanya dilakukan disertakan dengan kenduri aqiqah. Hukum mencukur rambut hingga botak ini adalah sunat. Rambut yang dicukur tadi akan ditimbang dengan emas atau perak untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
Ini selari dengan sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama. (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tirmidzi)
Sungguhpun begitu, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz menyifatkan bahawa amalan cukur jambul tidak dikira sunnah jika rambut bayi itu hanya digunting sedikit dan tidak dicukur sepenuhnya selepas majlis itu. Menyokong kenyataan itu, Ustaz Azhar Idrusjuga menekankan bahawa tiada pahala diperoleh daripada hanya menggunting sedikit rambut bayi yang baru lahir.
5 KELEBIHAN MENCUKUR RAMBUT BAYI DARI SEGI KESIHATAN
Berikut adalah 5 kelebihan mencukur rambut bayi dari sudut kesihatan yang mungkin anda belum tahu.
1. MEMBERSIHKAN KULIT KEPALA BAYI
Sewaktu bayi dilahirkan, bayi melalui jalan lahir / rahim yang turut membawa kot0ran dan lemak ibu. Secara tidak langsung, sisa ini tertempel pada kulit kepala bayi. Dari pandangan kasar, mungkin kita tidak dapat melihat dengan teliti apa yang terlekat pada kulit kepala bayi. Maka, sisa ini dapat dibersihkan secara lebih menyeluruh apabila rambutnya dicukur hingga botak.
2. MUDAH MENGESAN MASALAH KULIT KEPALA
Selain itu, kulit bayi yang sensitif juga mungkin menyebabkan bayi berpeluh, menggaru, dan seterusnya menimbulkan iritasi, lvka, b1sul dan sebagainya. Jika ia tertutup di bawah rambut bayi yang tebal, barangkali ianya sudah menjadi lebih teruk apabila kita mengesannya.
3. MENJADIKAN BAYI LEBIH SELESA
Satu lagi kelebihan mencukur rambut bayi adalah supaya mereka berasa lebih selesa. Memandangkan cuaca panas dan lembap di negara ini, kebanyakan bayi memang cenderung untuk berpeluh dengan banyak.
Bayi yang masih kecil dan belum pandai meniarap akan selalu berbaring dan tidur, lalu menyebabkan mereka berpeluh terutamanya pada bahagian kepala. Mereka juga tidak terganggu visualnya dengan rambut yang panjang hingga memasuki mata.
4. MENGELAKKAN ‘CRADLE CAP’
Sesetengah bayi mengalami masalah kerak kepala (cradle cap) yang ditandai dengan kerak kepala berwarna kekuningan dan agak berminyak. Apabila rambut dicukur, lebih mudah ibu bapa memantau keadaan kesihatan pada kepala anak. Walaubagaimanapun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya kulit anak bersifat terlalu sensitif dan dikhuatiri menyebabkan lvka kepala apabila dicukur.
5. MUDAH DIURUS
Walaupun tidak semua kajian menunjukkan rambut bayi yang tumbuh selepas dicukur adalah lebih lebat, tetapi ramai berpendapat mereka lebih mudah untuk mengurusnya.
Anda juga boleh memberi urutan lembut pada kepala bayi bagi meningkatkan aliran d4rah ke kepala. Menurut laman web kesihatan LiveStrong, tindakan ini mampu menggalakkan pertumbuhan rambut bayi dengan lebih cepat. Seperkara lagi, untuk memastikan rambut bayi tumbuh sekata selepas dicukur, galakkan proses meniarap atau ‘tummy time’ setiap hari.
JALANKAN DENGAN BERHATI-HATI
Jika anda berhasrat untuk mencukur rambut bayi, pastikan anda menitikberatkan faktor keselamatan dan kebersihan. Ini kerana, ubun-ubun kepala bayi masih lembut dan kulit mereka juga sangat sens1tif.
Maka, dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melakukannya dengan betul. Kalau bayi mengalami masalah kulit yang tertentu, dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya.