Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Caranya? Baca Tip Nak Beli Rumah Untuk First Timer Ni

Orang tua-tua kata, masa muda lah masa untuk kita kumpul aset kita! Nanti dah tua boleh lah senang-lenang kan? Tapi, kebanyakkan orang muda buntu dan tidak tahu step yang mana mereka perlu lakukan dahulu. Akhirnya, mereka amik jalan untuk menyewa sahaja.

Jangan risau, kami disini untuk membantu! Kalau ini merupakan kali pertama anda beli rumah, ikuti tips-tips yang kami listkan dibawah ni.

SEMAK KREDIT SCORE

Bagi yang tak tak tahu, kredit score ni sebenarnya score CCRIS (Central Credit Reference Information System).  Kalau anda pernah buat loan atau ada kad credit dan bayar ikut masa yang ditetapkan, jadi jangan risau. Score anda mesti cantik punya!

Kalau tak pernah buat apa-apa pinjaman pun, anda boleh try check dulu dengan bank score anda tu. Jangan terus tak jadi ya!

EVALUATE ASET DAN LIABITI YANG ANDA ADA!

Bila berbicara mengenai pembelian hartanah, faktor kewangan merupakan isu yang utama yang akan diutarakan. Sebelum membeli rumah anda hendaklah menilai kemampuan anda. Pastikan gaji bersih anda cukup supaya bila dah beli rumah nanti anda tidak kesempitan wang. Semak aset dan liabiliti yang anda ada untuk memastikan tiada sebarang isu untuk bank luluskan pinjaman anda. Pastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman yang baik!

SEDIAKAN DOCUMENT-DOCUMENT YANG BERKAITAN

Antara dokumen-dokumen yang kena ada ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (2 Tahun)
  • Surat Pengesahan Majikan (penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
  • Slip Gaji (3 bulan atau 6 bulan)
  • Penyata EPF (terkini)
  • Penyata Bank (3 bulan – 6 bulan)
  • Dokumen Sokongan:
    i. TH, ASB, Fixed Deposit
    ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
    iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
    iv. Sebarang dokumen yang boleh menampakkan yang anda mampu membayar ansuran bulanan.
    v. Laporan CCRIS

KAJI CARA YANG PALING TEPAT UNTUK ANDA BAYAR DOWNPAYMENT!

Ada pelbagai cara yang disyorkan oleh pakar-pakar hartanah mengikut jenis rumah dan dealer anda tu. Sama ada rumah dengan pemaju, rumah subsale/kedai, rumah, rumah lelong atau tanah lot. Tentukan jenis rumah yang dibeli dah cuba survey cara termudah untuk bayar downpayment. Bukan sahaja muda tapi untuk elakkan ditipu. Make sure jangan bayar terlalu tinggi untuk downpayment dan pastikan ada agreement yang sah!

PERIKSA KAWASAN HARTANAH TERSEBUT

Kalau anda tengok di iklan-iklan rumah, details yang diberikan sememangnya tip-top. Jangan terpedaya dan percaya 100%! Pergi dan periksa kawasan hartanah tersebut sebelum contact dealer tersebut. Buat sedikit research mengenai kawasan rumah tersebut sama ada bersih, tahap keselamatan tinggi atau tidak dan adakah kawasan tersebut terlampau padat.

Author: admin

Leave a Reply