Marahnya seorang Isteri…
“Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.”
Memang ada isteri begitu… dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.
Marahnya seorang Suami..
“Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.”
Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita. Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.
Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
“Saya tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya.”
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.
Marah seorang Suami…
“Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.
Marah seorang Isteri…
Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.
Marah seorang Suami…
Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.
Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.
Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.
Marah seorang Isteri…
Isteri bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.
Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.
Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua’lam.