Tak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak. Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan.
Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak-anak kita yang sedang membesar adalah perkara biasa. Kadang-kadang belum sempat kering lagi dah tumpah semula pada karpet atau kerusi.
Kalau tak sempat untuk membasuh kereta ada baiknya anda cuba beberapa petua untuk hilangkan baunya. Mengikut petua yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria di instagramnya ini juga patut anda cuba. Bukan hanya bau busuk hilang, malah kereta juga kekal segar seperti baru dicuci.
Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini cukup mudah malah tak gunakan kos yang mahal pun. Jom kita cuba. Memang menarik!
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya.
- Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
- Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
- Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
- Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.
Macam Mana Nak Wangikan Kereta?
Bukan semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual dipasaran. Ada yang alah dengan bau-bauan ini malah tak kurang juga yang boleh terus muntah bila menggunakan pewangi kereta. Penghidap asma biasanya cukup alah dengan pewangi kereta. Setuju tak?
1. Daun Pandan
Hiris daun pandan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja dan hasilkan kereta akan lebih harum dan segar.
2. Lemon
Sediakan dua hirisan lemon dan letakkan di dalam kereta anda. Buka sedikit tingkapnya supaya ada udara yang masuk untuk bertindak balas. Biarkan sahaja lemon dan hasilkan bau bukan sahaja hilang tetapi juga lebih harum.
3. Limau Purut
Limau parut juga bertindak seperti lemon. Hiris dan letakkan di dalam kereta anda. Biarkan aromanya meresap pada seluruh kereta anda.
Kredit: Ahmad Aizatnur Zakaria