Mereka yang lewat umur belum berumahtangga inginkan petua mudah dapat jodoh ini. Mereka memerlukan dan mencari maklumat mengenai panduan, tips, kaedah, teknik, bagaimana cara, rahsia atau petua mudah dapat jodoh ini untuk membolehkan mereka berusaha untuk menamatkan zaman bujang dilalui mereka. Petua mudah dapat jodoh yang paling ampuh untuk menamatkan masalah lewat jodoh ini dengan bersungguh berdoa kepada Allah memohon bantuan dari Nya.
Dengan berdoa, in sha Allah usaha ini akan mendapat pahala dan redha Allah. Juga kita akan dikurniakan jodoh atau teman hidup yang akan memberikan kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat.Artikel ini akan berkongsi kepada mereka yang lewat jodoh ini dengan panduan, tips, keadah, teknik, bagaimana cara, rahsia atau petua mudah dapat jodoh ini. Mereka boleh menggunakan panduan atau petua mudah dapat jodoh ini untuk berusaha menamatkan zaman bujang yang mereka hadapi ini.
Petua Mudah Dapat Jodoh
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).Demikianlah perkongsian artikel yang membicarakan 13 panduan, tips, kaedah, teknik, cara bagaimana, rahsia atau petua mudah dapat jodoh yang boleh dipraktikkan oleh lelaki dan wanita yang menghadapi masalah lewat jodoh ini.
Semoga kita akan mendapat manfaat dari perkongsian ini. In sha Allah