Dah Cuba Bermacam Jenis Syampoo Tapi Kulit Kepala Masih Ada Kelemumur. Jom Cuba Petua Ni

Daun kesum berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, parit dan juga kawasan di keliling rumah kampung.

Daun kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan menjalar. Daunnya tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku dan ruas yang pendek serta mudah berakar. Bunga kesum terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan.

Terdapat dua jenis kesum iaitu menjalar dan yang tumbuh agak menegak. Bahagian daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aromanya cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, daun ini juga memiliki nilai perubatan.

Khasiat Daun Kesum

  • Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung atau ketidakhadaman perut. Rebuskan daun kesum bersama satu cawan air sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan sejuk seketika. Minum air rebusan tersebut inshaAllah akan melegakan sakit perut anda. Daun yang direbus tadi juga boleh dilekapkan ke perut. Anda juga boleh mengamalkan minum air rebusan daun ini sebulan sekali untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.
  • Membantu menghilangkan kelemumur di kepala. Jika anda mempunyai masalah kelemumur boleh lah cuba cara ini..,kisarkan satu ikat daun kesum sehingga lumat kemudian sapukan pada keseluruh bahagian kulit kepala. Biarkan seketika kemudian cuci bersih rambut seperti biasa. InshaAllah masalah kelemumur pada rambut anda akan pulih.
  • Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
  • Sebagai minuman wanita selepas bersalin.
  • Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.
  • Minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
  • Mengatasi masalah kepu tihan wanita.

Cara Menanam Daun Kesum

Daun kesum mudah sahaja ditanam dengan menggunakan kaedah keratan batang atau keratan hujung batang berdaun. Ciri pertumbuhan pokoknya yang separuh menjalar itu menyebabkan batangnya akan mudah berakar apabila mempunyai kelembapan.

  • Kerat beberapa batang pokoknya yang matang atau hujung batang berdaun.
  • Buangkan daunnya di bahagian bawah sekali.
  • Tanam keratan tadi dalam medium tanaman seperti tersebut di atas sama ada dalam pasu atau di tanah dan pastikan ia dilindungi dari terik matahari. Kekalkan kelembapan medium tanamannya supaya pokok akan cepat tumbuh mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bergantung kepada kelembapan medium tanaman.
  • Siram 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang bagi memastikan medium tanamannya lembap sentiasa.
  • Elakkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhannya. Gunakan baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan pokok yang lebih subur.
Author: JVC

Leave a Reply