Selalu Jerawat Naik Di Tempat Yang Sama, Tak Sangka Ini Sebabnya

Selain berat badan, persoalan lain yang selalu mengganggu para wanita ini adalah jerawat.  Apa tidaknya, setiap kali jerawat muncul di wajah, sekaligus keyakinan diri merundum 360 darjah.  Tambahan pula, bekas jerawat sangat sukar dilupuskan sehingga membuatkan kulit wajah terasa ‘kotor’.

Kalau nak diikutkan, tak pernah sekalipun ‘skip’ rutin penjagaan muka, tapi bila sampai bulan gerhana penuh (haid), jerawat mesti tumbuh pada tempat yang sama setiap bulan.  Lepas tu, belum sempat parut lama hilang, datang pula ‘tetamu’ baru.  Segar-bugar pula saiz dan kebesarannya.  Persoalannya sekarang, kenapa jerawat suka tumbuh ditempat yang sama?  Jom baca penjelasan daripada seorang doktor kosmetik di Skin Clinic, America Syarikat, Alain Michon.

1. Memakai kosmetik yang salah

Harga produk bukan penentu adakah kosmetik sesuai dengan wajah anda atau tidak.“Kosmetik komedogenik (penyebab timbulnya jerawat) menyebabkan penyumbatan di pori-pori dan menyebabkan jerawat keluar dari liang roma,” kata dr. Michon.

Menurutnya, jika ada area tertentu dari kulit yang pecah terus-menerus, periksalah apabila kosmetik tersebut yang menyebabkan hal itu terjadi. Idealnya, semua produk kosmetik haruslah non-komedogenik.

2. Produk rambut

Jika jerawat terus-menerus muncul di dahi, mungkin perawatan rambut menjadi penyebabnya. Produk seperti semburan atau minyak rambut boleh disalahkan untuk ini. “Produk semacam ini tidak dioptimalkan untuk perawatan kulit. Bahan-bahannya dapat menyebabkan jerawat,” ungkap Michon.

3. Memakai kosmetik berlebihan

Jerawat boleh disebabkan oleh panas berlebih, tekanan, atau geseran pada kulit. Jerawat di bahagian mata contohnya. Hal itu boleh muncul akibat pemakaian eye shadow yang berlebihan.

4. Menyentuh wajah

Orang kadang kala tidak sedar membelai wajahnya atau menyandarkan dagu di tangan. Menurut penelitian yang diterbitkan dalam Clinical Infectious Diseases, rata-rata orang menyentuh wajahnya 3.6 kali per jam.

Kebiasaan ini memindahkan bakteri dari tangan ke wajah dan menyebabkan jerawat. “Semakin kerap anda menyentuh area tertentu di wajah, makin besar kemungkinan area tersebut terdedah kepada bakteria dan minyak,” ujar Michon.

5. Memecahkan jerawat

Memecahkan jerawat memang kadang menyenangkan, tapi hal itu hanya untuk sementara. “Meskipun memecahkan jerawat terlihat sebagai solusi yang cepat, melakukannya dapat membuka liang pori-pori dengan bakteria,” kata Michon.

Hal ini menciptakan persekitaran yang membuat jerawat terjadi di area yang sama. Untuk itulah, disarankan cara yang disetujui doktor kulit untuk menghilangkan jerawat.

6. Hormon

Terkadang penyebab jerawat muncul di tempat yang sama bukanlah dari luar tubuh, tapi hormon atau faktor internal dari dalam tubuh. Sebuah praktik untuk mendiagnosis masalah kesihatan dilihat dari wajah atau “pemetaan wajah” yang berasal dari Cina kuno, saat ini telah banyak mengalami perubahan. Namun, praktik tersebut intinya sama. Anda boleh menemukan potensi masalah kesihatan hanya dari posisi jerawat.

11 PETUA HILANGKAN JERAWAT YANG BERKESAN. MESTI CUBA!

Berikut adalah 11 petua hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan.

Bahan-bahan semulajadi ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.

1. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. JUS DAUN PUDINA
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. BAWANG PUTIH
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. UBAT GIGI
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

6. WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. PEK AIS
Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

8. PES SERBUK KAYU MANIS
Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

9. KULIT BUAH OREN
Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.


10. MADU
Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat. Pastikan madu yang asli.

11. JUS TIMUN
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

Mudah kan? Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi. Apa pun, pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul. Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.

Author: JVC

Leave a Reply