Inilah 7 Kawasan Sesuai Untuk Anda Memasang CCTV Di Rumah Anda

Inilah 7 Kawasan Sesuai Untuk Anda Memasang CCTV Di Rumah Anda | CCTV merupakan sebuah peranti keselamatan yang sangat penting dan perlu dimiliki setiap rumah, khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar dan kawasan yang berpotensi untuk berlaku jenayah termasuk pecah rumah.

Di zaman sekarang ini, keselamatan telah menjadi salah satu kepentingan yang besar, anda tidak dapat meninggalkan rumah dan ahli keluarga tanpa jaminan dari segi keselamatan mereka ketika tinggal di rumah.

Setiap tahap dan peringkat perlu ada ciri-ciri dan CCTV adalah salah satu tindakan terbaik dan paling efektif. Pemasangan CCTV telah menjadi satu keperluan demi keselamatan kita dan keluarga.

Memasang CCTV ada banyak kelebihannya, mulai dari mencegah aktiviti pecah rumah yang tidak diinginkan hingga mengimbas semula pemandangan setelah peristiwa yang merugikan seperti pecah rumah berlaku. Pemasangan CCTV sangat membantu pihak polis dalam mengenalpasti pelaku jenayah.

Namun, bagaimanapun, kita harus memastikan bahawa CCTV dipasang di tempat yang tepat untuk mendapatkan hasil yang maksimum untuk penggunaannya. Pada artikel ini, ada 7 tempat terbaik untuk memasang CCTV di rumah yang dipetik dari beberapa sumber.

7 Kawasan Sesuai Untuk Anda Memasang CCTV Di Rumah Anda

1.Pintu depan
Kebanyakan tetamu sama ada yang diundang ataupun tidak, akan datang dan masuk ke rumah anda melalui pintu depan atau pintu utama. Oleh kerana itu, sangat penting untuk memasang CCTV di pintu depan.

Pasang pada ketinggian sehingga tidak ada yang boleh merosakannya. Jika rumah anda bertingkat, pasang di bahagian ke dua rumah, tetapi halakan ke pintu masuk rumah. Jika kita tidak memiliki tingkat kedua, pasang CCTV pada ketinggian yang sesuai dan pastikan kita memasang tutup pelindung di sekelilingnya. Tutup casing logam berfungsi dengan baik dan mencegah orang merosak kamera CCTV.

2.Pintu belakang
Semua pintu masuk ke rumah anda harus memiliki sistem pengawasan CCTV. Jadi, jika rumah kita memiliki pintu belakang, pastikan memasang CCTV di sana juga. Tujuannya adalah untuk memantau setiap orang yang mencuba memasuki rumah. Sama seperti pintu depan, untuk pintu belakang juga, CCTV tidak boleh ditempatkan pada ketinggian yang boleh dicapai.

Cuba tempatkan lebih tinggi atau tutupkan. Jika berlaku pecah rumah atau bahkan penceroboh berupaya masuk melalui pintu bulakang, rakaman dari CCTV sangat membantu. Oleh itu, anda harus menjaga pintu dengan CCTV yang bagus.

3.Tingkap belakang
Daripada menempatkan CCTV di jendela yang menghadap ke jalan dan boleh dilihat, pasanglah di tingkap belakang rumah. Dengan cara ini, CCTV akan berada di tempat yang tidak terlalu terselah. Jadi, jika seseorang mencuba berbuat hal yang tak diinginkan, mereka tidak akan tahu tentang kedudukan CCTV.

Ini akan membantu anda berjaga-jaga dan mencegah terjadinya peristiwa yang merugikan. Atau bahkan jika itu terjadi, pihak berkuasa akan dapat menangkap pelakunya dengan rakaman dari CCTV ‘tersembunyi’.

4.Bahagian atas tangga
Jika rumah anda memiliki beberapa tingkat, pasang sistem CCTV kabel atau yang biasa di bahagian atas tangga. Pasang di tempat di mana sebahagian besar tingkat bawah terlihat. Anda boleh mendapatkan rakaman ruang tamu, dapur dan bahkan mungkin beberapa pintu masuk ruangan jika CCTV dipasang pada sudut yang betul di atas tangga.

Jika tidak ada tingkat yang lebih tinggi, pasang CCTV dekat langit-langit ruang tamu. Anda boleh mengetahui siapa yang masuk dan keluar dari semua bilik kerana di sebahagian besar rumah, ruang tamu berhubung dengan semua bilik lain.

5.Bilik anak-anak
Anak-anak menghadapi risiko yang besar dalam hal yang mengancam diri mereka. Jadi, pasang kamera CCTV terbaik di bilik anak anda dan awasi selalu. Anda kemudian dapat memantau anak-anak dan kesejahteraannya dari setiap penjuru rumah, asalkan kamu membawa monitor.

Jika anda meninggalkan anak-anak anda sendirian di rumah dengan bantuan pembantu rumah tangga atau baby sitter, anda pasti perlu memasang CCTV. Hal ini supaya anda dapat mengetahui bagaimanakah anak anda diperlakukan selama kamu tidak ada dan mengambil tindakan jika diperlukan.

6.Halaman belakang atau gerbang pagar belakang
Tempatkan halaman belakang rumah anda dengan lampu sorong LED sensor bergerak serta kamera yang mempunyai mood night vision untuk melindungi rumah dan barang-barang anda. Jika halaman belakang kamu berpagar, pastikan kamera CCTV memiliki pandangan terus pada gerbang masuk atau dengan menginstall kamera tambahan pada gerbang belakang tersebut.

7.Garage
Jika rumah anda memiliki garage, ada baiknya jika kamera CCTV juga diletakkan di sana. Sebab, tempat tersebut kerap menjadi tumpuan para pencuri kerana terdapat kendaraan yang sangat mudah untuk di curi. Jika anda memasang CCTV pada garage harus pastikan kamera mampu menampung jalan masuk dan bahagian dalam garage supaya dapat merakam aktiviti pelaku jenayah.

Sumber- Kompas.com

Author: admin

Leave a Reply