Inilah 3 Cara Didik Anak Lelaki Urus Rumah Tangga

Mendidik anak-anak ternyata bukanlah tugas yang mudah untuk digalas oleh ibu bapa terutamanya anak lelaki. Menjadi simbol ‘pewaris’ dan lambang kekuatan sesebuah keluarga, anak lelaki tidak akan terlepas dari sebarang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada keluarga. Namun, ramai ibu bapa yang sering mengamalkan didikan dimana anak lelaki dianggap tidak perlu melakukan kerja rumah kerana khuatir akan bertingkah laku seperti perempuan. Ternyata sikap ini perlu diubah dimana anak lelaki juga perlu didedahkan dengan ilmu rumahtangga supaya dapat berdikari pada masa hadapan. Ini tidak, nak tukar cadar katil pun kena minta tolong mak bukan?

3 CARA DIDIK ANAK LELAKI URUS RUMAH TANGGA

1. KEMAS RUMAH

Perkara paling asas perlu di didik dari kecil, ajar anak lepas makan basuh pinggan, lepas mandi masuk baju dalam bakul, lepas main kemas barang, susun semula barang pada tempat nya. Resam anak jantan ni, lepas makan tinggal je, lepas mandi baju bersepah. Bilik tidur selimut tak kemas, cadar tak betul kan. Sikap ” king ” ni boleh diubah. Bila kita ajar dari kecik sampai ke besar lah mereka akan ikut.

Bila hujung minggu, galakan anak untuk gotong royong basuh toilet, sapu rumah, mop lantai. Jangan manjakan anak dengan kita yang jadi bibik mereka.

2. PERGI PASAR

Kenalkan barang basah dan kering pada anak, jangan fikir ala anak kecik lagi tak perlu tahu. Kalau kita fikir macam tu, memang sampai besar lah dia tak tahu. Ajar anak beli ikan dan sayur di pasar. Macamana nak tengok ikan tu segar lagi atau tidak. Tunjuk jenis ikan pada mereka, tak da lah besar nanti suruh beli ikan kembong dia bawak balik ikan selar.

3. MASAK

Bab ni sangat penting untuk ajar anak kita, ajar masakan asas yang mudah untuk mereka ingat. Ajar macamana nak goreng ikan, goreng nugget, buat nasi goreng. Benda paling simple ajar mereka masak nasi dan goreng telur.

Bukan kita nak ajar dia masak nasi beriyani, tu dah advanced sangat. Bila ajar masak kenalkan pada anak jenis bawang, garam, gula, kunyit. Kunyit ni pesan siap siap kau jangan dah besar mengunyit pulak. Inshaallah, bila kita dah ajar perkara asas memasak ni, takda lah nanti bila kita outstation ke ada event, anak duk makan maggi je kat rumah.

PENUTUP

Semudah ABC dan Alif Ba Ta sahaja nak didik anak lelaki ni supaya jadi lebih bertanggungjawab dan tahu urus rumah tangga. Ajar mereka 3 langkah diatas, jangan hanya focus ajar anak perempuan sahaja bab bab bantu kita urus rumah. Teringat zaman kecik dulu, saya duk membebel kat arwah mak bila kena masuk dapur, ikut pergi pasar dan belajar masak. Bila dah besar baru tahu ini lah ilmu paling berharga yang mak ajar. Terima kasih mak atas didikan yang di beri.

Dalam keluarga saya memang tak kira lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah. Gambar diatas anak sedara saya umur baru 12 tahun dah boleh masuk dapur, kemas rumah, dan jaga adik.

Sumber: Ariff Ismail

 

Author: Rahsia Rumahtangga Dot Com

Leave a Reply