Ini Sebabnya Isteri Perlu ‘Me Time’. Suami Tolonglah Faham

Memang sudah menjadi adat buat si ibu untuk berhadapan dengan situasi dimana anak-anak membuat bising, menyelerakkan rumah dan bermain tanpa henti. Kadang-kadang sampai pening kepala dengan baru balik kerja nak berehat tapi nak kena kemas rumah lagi. Si ibu perlukan ‘me time’ juga!

ME TIME BUAT ISTERI

Ada satu hari tu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh & kemudian masing-masing menangis membuatkan terasa begitu bingit mencucuk kepala & serabut sungguh. Saya cuba untuk calm down dengan istighfar & kawal pernafasan, tapi akhirnya terasa semakin teruk.

INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU

Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari kejap dari keserabutan ni. Akhirnya, terus mesej suami. “Abang, boleh tak harini lepas maghrib, nak minta izin keluar sekejap. Me Time. Alone.” Mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun & ada T-junction yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun, hari itu, si isteri ini tak rasa tertawan dengan pelawaan itu.

“Okay, tak apalah. Pergilah. Tapi drive jangan ikut jalan yang tu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe. Nanti abang jagakan anak-anak,” Akhirnya suami yang baik hati mengalah.

Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami take over everything. Disuruh isteri bersiap. Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash. Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia. Terus buka radio.

Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh. Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya. Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu. MasyaAllah…… macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.

KADANG-KADANG KITA PERLU JUGA ESCAPISM

Bukan kita tak dapat terima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu & isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga & hidup untuk anak-anak & suami. Tetapi kadangkala, kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.

Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalu diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil. Buka pintu rumah & dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur, subhanallah, rasa sungguh rindu & sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi. Saya ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangan mendukung Insyirah & ucapkan terima kasih.

“Dah okay dah? Happy tak?” Tanya suami dengan prihatin.

Alhamdulillah, 20 minit yang berharga. Ibu-ibu yang duduk di rumah, kalau kita dah rasa tak tertanggung, berbincanglah, mintalah time-off sekejap dari suami. Percayalah…. insyaAllah kita akan rasa lebih baik. Jagalah ‘inner peace’ kita. Kalau kita dah start asyik nak marah anak. Dah tak boleh nak senyum. Mula rasa nak memukul anak bila anak menangis, minta dilayan… itu tandanya inner peace kita dah kacau bilau. Bahaya.. bahaya..

Para suami pula, beralahlah dengan isteri. Kasihanilah isterimu. Mereka tak minta banyak pun. Kadang cuma minta 5 minit untuk mereka mandi & menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tak mahu berenggang sepanjang hari. Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.

Author: Rahsia Rumahtangga Dot Com

Leave a Reply