Dulu Jumpa Semut Je Mesti Bunuh.Tapi Sekarang Tidak Lagi.Baca Saja Ni

Semut merupakan makhluk kecil yang banyak ditemukan dimana-mana, baik didalam rumah mahupun di luar rumah. Keberadaan mereka kadang-kadang mengganggu aktiviti yang kita lakukan kerana sifatnya yang suka menghurung makanan manis ataupun sajian yang tersedia diatas meja.

Belum lagi bercerita tentang semut merah yang suka menggigit kulit sehingga meninggalkan bisa yang gatal. Namun semut ini juga ciptaan Allah swt, datangnya mereka juga sama seperti mereka, mencari rezeki untuk bertahan dalam kelangsungan hidup.

Perkongsian Aminah Nur Yahya melalui laman Facebook miliknya ini telah membuka mata ramai daripada kita yang sering kali merasakan kedatangan semut ini sebagai ancaman.  Beliau juga ada berkongsi kisah salah seorang Nabi dengan seekor semut.  Mari baca perkongsiannya dibawah, semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Masa jahil dahulu, nampak semut jek saya akan ambil spray racun serangga, spray semua biar mati. (Astaghfirullah al Adzim)

Itu dulu….dulu sangat2. Ketika zaman jahil. Ketika hati saya begitu kurangnya sifat Rahmah dan ikhsan. Rezeki saya , diberi peluang terus menimba ilmu yang bermanfaat sehingga menjuruskan saya lebih memahami. Alhamdulillah

Ketika sedang menyiapkan hidangan untuk anak2. Setitis adunan kuih jatuh ke atas ” table top”. Cepat sahaja semut2 datang menjamahnya. Rasa seronok mereka sudi berkongsi sedikit rezeki dari Allah ini. Beri mereka ( semut2) peluang menikmati makanan tersebut sambil membaca surah ini..يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari”;
Surah An Naml 27:18

Membaca berulang kali sampai mereka berlalu pergi.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?”  (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah (Hadis Riwayat Abu Daud) Seronokkan jika kita ada sedikit ilmu, kita amalkan dan kita harap Allah sudi pandang dan terima amalan kita.

Untuk mendapatkan ilmu, perlu berkorban waktu , melazimi majlis ilmu, dekat dengan para ulama, para guru dan jangan pernah berputus asa utk berusaha membersihkan hati kita agar mudah menerima ilmu. Yukk rajin ke majlis ilmu!!!

Moga Allah limpahkan hikmah dan rahmah ke dalam jiwa kita semua.

Nabi Sulaiman Dengan Semut

  • Kisah 1 

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo’a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo’a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya.

“Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku”, do’a sang semut kepada Allah SWT.

Mendengar do’a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, “kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut”. Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

  • Kisah 2

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS

Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu .

Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Sumber: Jaip.perak.gov

Author: JVC

Leave a Reply