APA ITU SAKIT LUTUT @ OSTEOARTHRITIS (OA)?
Sakit lutut juga dikenali dalam bahasa klinikal adalah Osteoarthritis (OA). Juga dikenali sebagai arthritis haus terutama di bahagian lutut. Ia berlaku dimana apabila tulang rawan telah mula haus, tulang-tulang (joint) itu semakin rapat dan menyentuh antara satu sama lain. Ini menyebabkan kesakitan, bengkak, kurang upaya untuk bergerak jauh.
DOA PENYEMBUH SAKIT LUTUT DAN SENDI
Cara merawat :
Niat minta penyembuhan dari Allah .Baca ayat ini 3 kali, tiup pada tapak tangan, sapu di tempat sakit , dan ketuk di tempat skit dengan tapak tangan tadi 3 kali. Segala perbuatan adalah ikhtiar, yang menyembuhkan adalah Allah swt.
PUNCA SEBENAR SAKIT LUTUT TERJADI?
1. Umur- Semakin meningkat umur, semakin sukar untuk mencegah kekurangan tulang rawan.
2. Berat Badan-Berat memberikan tekanan kepada semua sendi, terutamanya lutut. Untuk setiap paun berat kita bertambah, kita membebankan lutut kita dengan 3 – 4 paun extra.
3. Keturunan- termasuk dengan genetic mutations yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.
4. Jantina- Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki
5. Tekanan Sendi Berpanjangan- Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih), mencangkuk, melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.
6. Cedera / Trauma urat dan Sendi lutut- Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi.
7. Tumor-Jarang berlaku sakit lutut disebabkan Tumor.
8. Kelainan sistem kekebalan tubuh dan kelainan darah – seperti penyakit Rheumatoid Arthritis dan penyakit LUPUS.
TANDA-TANDA SAKIT LUTUT @ OSTEOARTHRITIS (OA)
- Terasa amat sakit apabila anda aktif terutama pada tangan, pinggul, lutut, leher, sendi, atau tulang belakang
- Bengkak
- Rasa panas dan sakit pada sendi – kelembutan, bengkak, kekakuan.
- Tegang pada lutut
- Sakit apabila menggerakkan lutut
- Kurang daya upaya untuk menggerakkan lutut
- Berkeriut (atau bunyi bising) apabila lutut bergerak
- Boleh jadi berlaku kesakitan akibat cuaca