Cara Mudah Semai Benih Kunyit Di Rumah Tak Perlu Beli Dah Lepas Ni

Nak tahu cara semai benih kunyit macam mana? Jom baca perkongsian Razak Adom. Lepas ni ambil kunyit di kebun sendiri sahaja, tak perlu beli.

1. Pilih isi-isi kunyit yang bermata tunas untuk disemai.

2. Alas bekas dengan 2 lapiasan surat khabar basah.

3. Susun isi kunyit dalam bekas tu.

4. Tutup bahagian atas benih dengan 2 lapis surat khabar basah.

5. Letak di tempat gelap. (Dalam almari/kotak/bungkus dengan kain. Jangan tutup mati sebab benda hidup perlukan udara)

6. Periksa selepas 2 minggu. Keluarkan benih yang dah bertunas panjang (lebih 1 1/2 inci), semai dalam polibag.

7. Tunas yang masih pendek/belum tumbuh, masukkan semula dalam bekas. Basahkan lagi surat khabar penutup. Sambung proses pengeraman.

8. Periksa lagi selepas seminggu. Begitulah seterusnya sehingga semua benih mengeluarkan tunas. Buang benih yang busuk/buruk.

Sumber: Razak Adom

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 3 = 3