Boleh Cuba Donat Susu Lagi Sedap, Lembut dan Gebu, Kisar 2 Bahan Ni Saja, Berebut Anak Makan!

Anak kecil mana yang tidak suka donat. Paling sedap dan manis. Tambah lagi kesedapan dan khasiat dengan salutan susu. Nak buat macam mana?

Perkongsian resepi donat ringkas tapi sedap oleh Pn Noor Shafiqah Ghazali ini lain dari yang lain. Makin sedap bila ditambah susu. Jom cuba!

Baru buat kelmarin dulu hari ni terasa nak makan pulak donut susu ni. Bukan setakat anak-anak ja suka mak ayah pun berketui-ketui makan.

Saya buat tak ikut resepi, agak-agak saja. Kalau tak jadi jangan marah.

Bahan-Bahan:

  • 1 pek Mauripan -bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih
  • 1kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan marjerin
  • Susu pekat agak-agak ja
  • 2 sudu susu tepung -dalam 2 sudu lebih camtu
  • Sedikit garam

Cara Membuatnya:

  1. Bancuh dulu yis dengan air suam sampai berbuih.
  2. Bila yis dah kembang campur semua, ulikan lebih kurang sejam.

Bahan Salutan:

  • Susu tepung (saya guna fenleaf)
  • Gula

Cara Membuatnya:

1. Kisar halus dua bahan ini.

2. Salutkan pada donat selepas digoreng. Biarkan sejuk dahulu dan salutnya dengan bahan salutan susu.

Selamat mencuba!

Sumber: PaMa

Author: admin

Leave a Reply