Ramai yang berpendapat bahawa mengikat tali leher adalah perkara yang sukar dalam hal penampilan diri. Sebaliknya, memakai tali leher / necktie sebenarnya mudah, budak sekolah pun boleh buat. Panduan berikut dapat membantu anda berlatih mengikat tali leher.
Berikut dipaparkan panduan cara mudah mengikat tali leher dan panjang tali leheryang betul. Ambil tali leher anda, berdiri di hadapan cermin dan cuba setiap stail ikatan sekarang! Lepas tu pastu pilih jenis ikatan yang paling sesuai untuk anda.
Cara-cara Mengikat Tali Leher
Tutorial bergambar di bawah memaparkan, langkah demi langkah cara-cara mengikat 4 jenis ikatan/simpulan tali leher yang popular, iaitu ikatan Four In Hand, Half Windsor, Windsor dan Shell Knot.
Panjang Tali Leher Yang Sesuai
Untuk nampak kemas dan segak, panjang tali leher hendaklah tidak terlalu singkat atau terlalu labuh. Panjang atau labuh tali leher yang ideal ialah bila hujung tali leher berada separas dengan kepala tali pinggang.
Tali leher dianggap singkat jika hujungnya tidak menyentuh atau berada di atas paras tali pinggang, dan terlalu labuh sekiranya ia berada di bawah paras tali pinggang. Sila rujuk ilustrasi di bawah untuk penjelasan.
Semoga panduan cara memakai tali leher ini berguna buat para pembaca, terutama adik-adik pelajar sekolah rendah dan menengah yang baru belajar mengikat tali leher.