Inilah Cara Bertangas Sendiri Di Rumah Agar Sihat Luar Dan Dalam

Tahukah anda apa itu bertangas? Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap. Mungkin ada yang menganggap ia adalah amalan dalam pantang bersalin, namun sebenarnya ia juga bagus untuk dilakukan setiap kali selepas haid.

Melalui akhbar Kosmo, Pengurus Spa, Awanis Musa berkata bertangas dapat membantu mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat.

Perkongsian kali ini adalah daripada Puan Mawar Putih yang memberikan cara terperinci untuk bertangas di rumah. Jom ikutinya di bawah.

CARA BERTANGAS SENDIRI DI RUMAH AGAR SIHAT LUAR DAN DALAM. BOLEH CUBA!

Menurut Mawar Putih, petua ini didapat daripada seorang makcik. Memang berkesan sebab segala kekotoran dalam rahim akan keluar apabila bertangas. Cara ini juga mudah dan dapat menjimatkan para surirumah.

BAHAN-BAHAN:

  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Asam keping 4-5 keping
  • Lada hitam 20 biji
  • Manjakani 5-6 biji
  • Sedikit garam kasar (bergantung kepada besar bekas)
  • Daun sirih 15 keping

CARA-CARA:

  1. DIDIHKAN AIR-Masukan semua ramuan dan didihkan air di dalam periuk.
  2. TUANG DALAM BALDI / BEKAS KHAS-Selepas ramuan dan air dididihkan sekitar 30 minit, boleh tutup api.Tuangkan semua ramuan di dalam baldi atau bekas khas yang boleh digunakan untuk bertangas.
  3. DUDUK DI ATAS WAP-Seterusnya, bolehlah kita duduk di atas wap yang keluar daripada baldi itu. Duduk selama lebih kurang 30minit. Insya Allah, segala kekotoran yang terlekat dalam rahim kita akan terkeluar.

Ada yang nak mudah, terus saja duduk atas baldi. Tapi kalau nak lebih selesa, boleh juga gunakan kerusi berlubang dan aturkan bahan seperti dalam gambar ini.

Atau boleh dapatkan kerusi khusus untuk bertangas yang dah banyak dijual di pasaran.

TIPS TAMBAHAN

Untuk mendapatkan kesan wap bahan rebusan tadi secara menyeluruh, boleh juga berselubung menggunakan kain pada paras leher sehingga ke kaki (seperti berkemban).

Sementara menunggu tempoh 30 minit tersebut, senaman kemutan otot rahim (senaman Kegel) juga boleh dialakukan untuk kekuatan otot alat sulit dan rahim.Mudah, bukan? Selamat mencuba. Kalau nak share, silakan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Sumber: petuaibu

Author: JVC

Leave a Reply