Orang tua-tua dahulu kalau masuk dapur untuk memasak banyak pantang larang dan ada sahaja petua yang mereka amalkan. Ini mungkin membantu dalam penyediaan makanan yang lebih sedap dan bersih. Apa kata kamu cuba petua ini jika perlukan bantuan. Selamat memasak…
1. Gulai kurang menjadi. Santan minyak tidak pecah. Letakkan senduk kayu di dalam periuk. Gunakan api perlahan. Santan akan tidak pecah minyak.
2. Cekodok garing, rangup dan sedap. Bancuh garam(ikut sukatan korang) dengan air panas kemudian letak sebiji telur.. ha jangan lupe cuba
3. Mengekalkan warna sayur hijau. Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
4. Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut. Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hiriasan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.
5. Merangupkan acar mentimun. Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.
6. Menghilang bau hangit nasi. Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.
7. Tauge segar. Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.
8. Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria. Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 – 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.
9. Elak sayur keladi gatal apabila dimakan. Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti
10. Supaya Telur Tahan Lama. Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
11. Mengempukkan daging. Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.
12. Menghilangkan bau peti sejuk. Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.
13. Membuat krim coklat yang berkilat. Tentu ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer, apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak, letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat, sebelum disapukan di atas kek kita.
14. Memekatkan sup/kuah. Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
15. Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk. Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.
16. Hilangkan Lendir Bendi. Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.
Menghilangkan bau cili semasa memasak. Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba.
18. Kuali Melekat. Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.
19. Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik. Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.
20. Mengelakkan pisang cepat busuk. Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang tidak cepat busuk. Selamat Mencuba…