Bila Tak Cukup Tidur Kepala Mudah Pening, Boleh Cuba 6 Minuman Terbaik Untuk Mereka yang Susah Tidur

Anda Susah Tidur Malam? Cuba Minuman Ini dan Rasai Hasilnya | Kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya, kami kongsikan tip ini untuk kebaikan bersama.

Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah susah tidur malam, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

Susu coklat

  • Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

Teh pudina

  • Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

The Chamomile

  • Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Koko

  • Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

Susu hangat

  • Beralih ke susu hangat jika susah tidur malam. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)

  • Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Teh halia

  • Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.

Ada satu lagi jenis minuman yang anda boleh cuba kalau semua jenis minuman di atas tidak memberikan kesan positif, boleh tengok video di bawah:

Author: JVC

Leave a Reply