Pesanan 5 Adab Buat Anak Dara Apabila Bersembang Dengan Suami Orang

Baik isteri orang mahupun anak dara, ketika bersembang dengan bukan muhrim mahupun suami orang usahakanlah agar menjaga batasan. Perasaan malu makin lama makin hilang. Mungkinkah gajet menjadikan wanita semakin berani?

Sudah semestinya mana-mana isteri akan ada perasaan cemburu pada suaminya. Jika rakan sepejabatnya bersembang keterlaluan, sampai bertepuk tampar pipi bagai. Apakah seorang isteri yang normal boleh menerima?

Perkongsian daripada Puan Sue Abdul Wahab ada benarnya. Bagaimana seharusnya adab dan pertuturan itu dijaga ketika bersembang dengan suami orang mahupun lelaki bukan muhrimnya. Ini termasuklah masa bersua muka atau sembang dalam media sosial.

Adab Berkomunikasi Dengan Suami Orang / Lelaki Bukan Muhrim

(Medium: SMS, Telegram, perbualan telefon, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya. )

Dah lama saya nak tegur kaum saya sendiri berkenaan perkara di atas.

Kesabaran, sangka baik dan menyerahkan semuanya kepada Allah memang menjadi perkara yang biasa si isteri buat. Tapi itu tak bermakna, dia boleh dipijak-pijak.

Teguran saya kali ini ditujukan terus buat kaum wanita yang masih belum berkahwin, tidak lagi berkahwin, apatah lagi yang sudah berkahwin.

Adab 1 : Jaga Lenggok Bahasa

Tak perlu guna ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami sendiri.

Adab 2 : Jaga Penggunaan Emoticon

? ???tak sesuai digunakan langsung. Apa perasaan anda kalau wanita lain guna emoticon ini pada suami anda? Come on, this is common sense ok?

Adab 3 : Usah Berlebih-lebih

Lebih-lebih ambil tahu perihal suami wanita lain.

Ada kala berlebih dari segi ‘kalau bersembang/whatsapp dengan si suami amboi panjangnya berjela, kemain berbunga macam orang bercinta..panggil SAYANG…. BI..BABI la….

Adab 4 : Jika Nak bergambar, Jaga Jarak

Bab ni memang sensitif apatah lagi apabila suami seorang ‘public figure’. Tak salah bergambar. Kami si isteri faham kerjaya suami yang menjadi perhatian dan idola ramai. Hanya jaga adab ketika bergambar. Kalau bergambar berdua sahaja tetapi sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada…apa kes? Dah lama hidup ke?

Saya tak salahkan si lelaki saja. Kita wanita jaga lah diri. Syok sangat sampai boleh jadi fitnah, kan berdosa tu?

Adab 5 : BIG NO To Any Kind Of Physical Contact

Yang ni wajib ditegur, sebab sakit mata melihat kaum sendiri yang kadang-kadang dah bergelar isteri orang pun, tapi tangan tak boleh nak kawal. Bertepuk tampar dengan suami orang, atau lelaki yang bukan muhrim.

Banyak cara boleh bergurau, pilih lah yang lebih bertempat. Jangan pakai redah ja dengan alasan ‘Anggap adik / abang’ dan sebagainya. Yang terlupa hal ini, lepas ni beringat-ingatlah ya.

JAGA ADAB, JAGA KELAKUAN, JAGA BATASAN.

Janganlah Kecam!

Perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Bukan hanya bermaksud ‘dia tulis sebab jadi kat dia’ Jangan gitu sis.. saya ni suka share pengalaman saya. Umpama saya mencari pahala juga dengan menyebarkan PERINGATAN bersama.

I’ve done my part to say this out loud as a wife. It’s now up to you to choose how you respond to this posting. Open up and learn.

Pstt : So jadikanlah ini sebagai peringatan dan ingat mengingati semasa kita. Bukan apa,zama sekrang ni tak cukup jadi officemate,taku-takut kalau tak jadi pergaulan akan sampai jadi suami isteri angkat pulak. Last-last check in hotel. Nauzubillahminzalik. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kita dengan fitnah-fitnah  sebegini.

Author: admin

Leave a Reply