Lalat, ramai yang tidak menyenangi kehadiran lalat yang begitu banyak didalam rumah. Lebih lagi ketika hendak menjamu selera, pasti selera terputus dek kerana sang lalat yang terbang hinggap ke makanan yang terjamu di atas meja.
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, disebabkan cara pemakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan lain-lain tempat.
Lalat juga adalah sejenis serangan perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.
Kemunculan lalat pasti merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka hinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menggangu.
Kami kongsikan 7 Tips Menghalau Lalat Di Dalam Rumah
- Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba yang dikeluarkan lilin amat tidak disukai lalat.
- Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan ianya terdedah di ruang dapur.
- Letakkan secekak daun kari dalam bekas yang berisi air dan biarkan di sudut meja tempat makanan atau hidangan.
- Ambil beberapa biji cili besar dan dibelah dua dan letakkan di atas meja.
- Tumbukkan kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
- Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan terbang meninggalkan anda.
- Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi dengan kulit kayu manis, bunga lawang, dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruangan makan yang terdapat banyak lalat.
Hasilnya dengan menggunakan tips-tips di atas adalah sementara. Sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pastinya lalat tidak akan datang ke rumah anda.
Jagalah kebersihan kawasan rumah anda supaya anda tidak akan ditimpa penyakit di kemudian hari.
Sumber: www.infosihat2uu.com