Betul ke jadi ibu bekerja lebih banyak cabarannya berbanding ibu suri rumah tangga? Tolak ke tepi perbandingan itu sebab setiap wanita bergelar mak-mak pasti mengalami pelbagai liku dalam mengendalikan rumah tangga masing-masing.
Apa yang membezakan antara ibu A dan ibu B ialah cara menghadapinya. Nak tak nak, kerja rumah tangga sememangnya kena terus buat tanpa henti sebab bab kemas rumah tak akan pernah habis.
Biasanya mengurus dan mengemas pakaian, dapur dan anak adalah rutin yang perlu dilalui setiap hari.
Tetapi ada sesetengah mak-mak terpaksa keluar drive sendiri siap bawa anak sebab nak selesaikan bayaran bil dan cari lauk basah. Hebat, bukan?
Itu belum kira mak-mak yang bekerja balik rumah nak kena sambung kemas rumah pula. Jadi bekerja atau tidak, masing-masing perlukan ketenangan dan nikmat untuk buang tekanan.
Jadi untuk kurangkan tekanan kaum mak-mak, ikut cara ini…
1. Bangun awal pukul 5 pagi atau 6 pagi
Eloklah mak-mak tidur awal daripada tidur lambat sebab bangun awal pagi kerja tak diganggu dan bolehlah curi-curi wat solat sunat. Lagi best, boleh masak dan sediakan bekal untuk anak dan suami. Ibu bekerja atau tidak, anda pasti boleh buat!
2. Curi rehat
Kalau penat curi lelapkan mata kejap dalam 10 minit sebelum pukul 1. Puas dan pastinya rasa macam dah tidur berjam-jam. Yang kerja tak bolehlah tidur di pejabat ya. Tapi kalau penat sangat mungkin boleh pejam mata waktu rehat.
3. Sediakan bahan basah
Hujung minggu elok basuh lauk siap-siap dan potong sayur dalam bekas. Lagi bagus, pes pun boleh buat letak dalam peti. Tinggal nak masak saja.
4. Jangan tangguh
Sikap ‘nanti dulu’ ni biasanya tabiat. Kadang solat pun dilambatkan sebab nak buat keja lain dulu. Maka rugilah anda yang suka lambat-lambatkan buat kerja. Contoh mudah, kalau dah terdetik hati nak basuh kain, terus buat. In shaa Allah semua kerja akan selesai satu persatu.
5. Lipat kain
Ini paling mencabar, basuh rajin dan sidai pun rajin. Tapi nak melipat tu… alahaai! Jadi mak-mak kena sediakan bakul setiap anak dan bakul khas pakaian kecil-kecil seperti stokin dan seluar dalam. Caranya, lipat kain yang besar dulu. Cepat sikit luak! Nak lagi best, buat waktu tengok TV.
6. Elak main phone
Masa anak-anak ada kat rumah, elakkan main gajet. Mungkin ada yang mnecari sumber rezeki dengan bisnes online tapi seeloknya buat kerja waktu anak tidur. Haaa… mak-mak kenalah rajin buat aktiviti di rumah. Bila otak anak dah penat, cepatlah diorang tidur.
7. Buat senaman
Alasan je tak ada masa nak buat senaman, sebab mak-mak boleh buat dalam 30 minit di rumah. Bila dah bersenam, barulah segar dan emosi tak cepat penat. Nak tahu hasilnya, sila cuba!
8. Solat dhuha
Alhamdulillah, kalau ada yang dah buat. Inilah cara nak jemput rezeki rumah tangga. Tahu tak kuasa DOA seorang mak-mak sangat luar biasa? Jadi kalau buat, eloklah selit doa buat suami dan anak-anak serta mak ayah kat kampung. In shaa Allah hidup tu lebih tenang.
9. Pinggan mangkuk terus basuh
Jangan ajar makan dan minum letak dalam sinki, tapi biasakan lepas makan terus basuh. Bila anak-anak tengok tak ada pinggan dalm sinki dia pun automatik lepas makan akan basuh sendiri pinggan yang diguna. Paling penting, sebelum tidur malam pastikan sinki bersih tanpa sebarang kotoran.
10. Reward diri sendiri
Mak-mak ni suka dapat hadiah dan manjakan diri sendiri tapi tak ada masa. Jadi andai kata dapat duit poket lebih daripada suami, waktu keluar beli barang dapur itu anda tariklah sesuatu yang memuaskan hati. Niat itu adalah hadiah untuk anda setiap bulan. Kalau yang ada duit lebih, bolehlah minta izin dengan suami nak ‘me time’ dengan kawan. Bukan selalu pun, kalau dapat merasa mesti rasa seronok! Contoh mudah, keluar pergi window shopping pun dah seronok habis hati.
Sebenarnya kebanyakan isteri bukan tak ada masa, tetapi gagal dalam menguruskan masa. Akhirnya rasa penat dan tak cukup rehat yang kadang boleh buat diri stress sampai menangis. Ingat ya, amalan yang dibuat secara konsisten akan menjadi tabiat, malah urusan bertukar jadi lebih mudah dan tenang. Mungkin pada awalnya sahaja berasa kekok sedikit, namun alah biasa tegal biasa.
Sumber : mingguan wanita