Petua

Boleh Hilangkan Batuk Dan Selesema Dengan Mudah. Ini Cara Buat Jus Kesihatan Cara Orang Korea

Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Ternyata, telah menjadi lumrah seorang para ibu akan memastikan ahli keluarganya sihat. Selain pengambilan ubat jika masalah kesihatan berlarutan, kita juga boleh mencuba pelbagai petua. Ia termasuk menggunakan lemon dan madu untuk meredakan masalah kesihatan.

Sebagaimana perkongsian Mastura Rashid  secara alami untuk kesihatan tubuh badan. Beliau memberi panduan bagaimana membuat jus lemon dan madu untuk meningkatkan tenaga,  vitamin C dan mengelak demam dan batuk mengikut cara orang Korea. Jom semak perkongsiannya.

ENERGY & VITAMIN C BOOSTER, FLU & FEVER FIGHTER CARA ORANG KOREA

(LEMON CHUNG 레몬청)

Pernah tak minum citron syrup, jujube syrup atau aloe vera syrup yang dijual di kedai korea? Syrup ini adalah syrup kesihatan. Namanya syrup kerana buah tadi dimasukkan ke dalam air gula atau madu. Bukan orang besar saja boleh minum, budak kecik pun boleh juga. Berapa dos dia? Fiona akan kongsi kira dos ikut hukum Young’s Rule.

Kisah nak buat syrup ni sebenarnya bila anak saudara bagi hirisan lemon ditambah madu asli semalam. Katanya dia tau lepas tengok drama-drama korea. Lemon tu dihisap dan dimakan sekali dengan kulit. Lepas dah berborak, baru terfikir, eh kenapa tak simpan je sebalang untuk kecemasan kan?

Kan seronok bila kita dapat hasilkan sendiri natural remedy dari air tangan sendiri yang 200% selamat jika gunakan dalam dos yang betul. Jadi lepas habis ajar cara buat morning sickness remedy dalam kelas Pregnancy Care malam tadi, fiona mula cari bahan dan siap-siap letak atas meja. 

Pagi tadi, terus basuh dan mulalah projek syrup ni. Cara asal orang korea adalah dengan masak lemon hingga tinggal pati, dan air pati tadi (bersama hirisan lemon) dimasukkan gula dengan nisbah 1:1. Maksudnya jika lemon 2 kilogram, maka gula juga 2 kilogram.

Disebabkan fiona tak kuasa nak jadi badak air, fiona ganti guna madu yang lebih sihat dan mungkin juga boleh membakar lemak sambil bersenam dalam mimpi.

Indah betul bila dapat minum air lemon di pagi hari sambil menghirup udara segara dari diffuser yang ditambah essential oil peppermint dan grapefruit. Terasa relaks, ceria dan mood datang tiba-tiba.

APA KEBAIKAN HONEY LEMON SYRUP INI?

  • Serbaguna. Boleh gunakan untuk buat air lemon panas, lemonade dan juga sos lemon.
  • Meningkatkan antibodi badan jadi matilah kuman jahat dalam badan tu.
  • Lemon bersifat diuretic. Maksudnya ia membantu proses penyingkiran toksin, bakter1a, garam dan air dari badan dengan lebih efficient ok.

Pernah tengok tak orang yang ada water retention? Pagi badan dia kembang macam belon, dan bila picit betis, berlubang dalam sangat. Tapi bila dah tengahari, eh dah kempis semula badan dia.

Biasanya ibu-ibu mengandung dan wanita yang ada PCOS mengalami situasi ni. Herba lain yang bersifat diuretic adalah halia, parsley, teh hijau dan teh hitam, roselle dan beberapa lagi.

  • Tinggi Vitamin C dan membantu proses penyembuhan luka dan baikpulih kulit. Kulit lebih glowing dan berseri bak bulan mengambang penuh.
  • Membantu badan lebih cepat berpeluh. Jadi suhu badan yang panas tu lebih cepat turun. Untuk bayi atau anak kecil, mandikan di dalam air rebusan lemon.

Tapi kau jangan rebus anak dalam periuk tu pulak. Kenalah tuang air rebusan lemon tu dalam baldi dulu.Tambah air sejuk untuk bagi suam, dan rendamkan badan anak sambil gosok-gosok kepala dan badan dia ok.

  • Legakan sak1t tekak akibat batuk berterusan. Batuk pun reda.

Ikuti cara membuatnya

Langkah 1: Ini bahan yang kita perlukan. Apa-apa jenis madu pun boleh yang penting madu asli. Bukan madu tiga ok tak pasal-pasal kau kena potong kepala. Sepanjang hidup fiona, madu hutan yang paling sedap pernah dimakan adalah madu bunga durian dari hutan Kapit, Sarawak. Kakak ipar bawa balik berbotol-botol. Memang sedap betul. Yang lain, madu pokok jambu. Dari 5 biji lemon, fiona guna hanya 3 biji saja ok. Basuh lemon bersih-bersih.

Langkah 2: Ini pula peralatan yang kita perlukan. Balang kaca kosong, garam untuk mencuci, baking soda, sudu seramik, pisau dan papan pemotong. Kenapa kita tak boleh guna sudu besi untuk madu? Madu ni sifat dia beras1d. Dan dia akan bertindak balas dengan besi lalu mengurangkan khasiatnya terutama sekali bila ditinggalkan semalaman dalam bekas madu…. Lihat Lagi

Langkah 3: Okay ini langkah kritikal untuk pastikan buah lemon kita bebas sisa baja dan racvn. Nak beli lemon organik yang 100% bebas racvn dan bahan k1mia berbah4ya, memang sangat mahal. Lebih-lebih lagi buah lemon ni diimport sepenuhnya. … Lihat Lagi

Langkah 4: Gosok-gosok lemon dengan campuran baking soda dan garam. Gosok hingga bersih kemudian cuci semula hingga hilang sisa baking soda dan garam tu.

Langkah 5: Lap lemon kering-kering. Jangan ada sisa air pun tau. Kalau tidak rosaklah syrup nanti.

Langkah 6: Hiris lemon nipis-nipis. Buang biji tau. Kalau tak buang, nanti syrup akan terasa pahitnya walaupun letak madu sebesar tong dram.

Langkah 7: Susun lemon secantiknya. Satu persatu dan jangan ikut contoh fiona yang berterabur ni. Ni kerja orang nak cepat.

Langkah 8: Tuang madu secukupnya hingga menutup lapisan lemon teratas. Cepat-cepat lap madu yang tumpah di tepi balang. Semut penuh, syrup pun rosak. Jangan tak tau semut tu banyak je akal dia nak masuk dalam balang dan berenang-renang dalam syurga madu dia.

Langkah 9: Ni hasil madu yang dah siap dituang. Tutup dan simpan di dalam almari sekurang-kurangnya 3 hari sebelum buka untuk dimakan. Nak simpan dalam peti sejuk pun boleh.

Langkah 10: Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir lemon chung kita! Dan hirisan lemon dalam mangkuk tu yang anak saudara bagi semalam. Lemon honey syrup ni boleh jadikan snack jugak. Caranya ambiklah 2-3 hirisan lemon, masukkan dalam mangkuk, dan makan begitu saja. Wajib sekali dengan kulit ok.

Dan ini muka tak sabar minum air hot lemon. Air ni boleh tambah extra madu untuk rasa lebih sedap dan manis. Nak bagi anak-anak kecil minum, sila ikut hukum Young’s Rule ok. Jangan ikut hukum karma sudah, nama kau dollah.

Sumber :”>Mastura Rashid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

46 + = 49

error: Content is protected !!