Lumrah, sebuah rumah tangga yang dibina oleh pasangan suami isteri diharapkan dapat mencipta bahagia dan beroleh nikmat hidup berkasih sayang.Namun, harapan sahaja tidak akan mampu dilaksanakan jika tanpa ada nya cara untuk mengekalkan dan menjaga kebahagiaan tersebut.
Apa yang pasti, dalam mencipta hubungan suami isteri agar terus berpanjangan perlukan usaha di kedua-dua pihak.
1. Ada waktu untuk pasangan.
Salah satu kunci memastikan hubungan suami isteri dalam keadaaan harmoni dan bahagia adalah sentiasa pastikan ada waktu untuk pasangan. Luangkan masa da masa untuk berkomunikasi secara terbuka dari hati ke hati. Paling penting jangan jadikan kesibukan dalam melaksanakan tugas penyebab renggangnya hubungan suami isteri
2. Bila bicara hal penting pilih waktu sesuai
Pihak suami ataupun isteri jika ingin berbicara tentang sesuatu yang penting, pilihlah waktu yang sesuai. Ini penting dalam memastikan emosi kedua-dua belah stabil dan tenang. Elakkan ketika sedang sibuk atau baru pulang kerja.
3. Perlu menjadi pendengar yang baik.
Bila antara suami atau pun isteri boleh menjadi pendengar yang setia. Ini pastinya memberikan rasa diahrgai. Oleh itu, berilah perhatian setiap kali pasangan berkomunikasi agar anda tahu keinginan dan peraasaan pasangan anda. Setelah itu, tunjukkan reaksi dan tuturkan kata-kata yang baik agar apa yang diluahkan dapat meringankan hati dan perasaannya.
4. Memaafkan dan toleransi
Bersikap toleransi dengan pasangan dan jika berlaku perselisihan faham segera meminta maaf dan memaafkan. Ini lebih baik dalam menjaminkan hubungan suami isteri terus kekal harmonis.
5. Jaga Aib
Setiap orang ada kelemahannya yang tersendiri,dan sewajarnya sesiapa pun tidak mahu kelemahan diri di war-war kepada umum. Begitu juga dalam menjaga perasaan suami mahu pun isteri. Segala kelemahannya haruslah disimpan daripada pengetahuan umum. Jangan pula di canang, yang pastinya boleh memalukan dirinya dan sekali gus merosakan hubungan mesra suami isteri.
6. Lengkap melengkapi.
Jika pasangan mempunyai kekurangan, bantulah si dia untuk memperbaiki diri dengan bicara yang santun dan lemah lembut. Tanamkan dalam diri bahawa untuk mendapatkan kesempurnaan hubungan suami isteri, apa yang penting perlu saling melengkapi.
7. Jangan membandingkan
Sebaiknya, isteri atau suami jangan terlintas di hati merasakan pasangan orang lain lebih bahagia dan membanding-bandingkan dengan apa yang sedang dimilikki. Sewajarnya, kedua-duanya perlu lebih bersyukur atas kurniaan hubungan suami isteri yang ditentukan oleh Allah. Hargailah apa yang ada di depan mata,