Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis kek. Menurut orang barat, kek perlu tepat sukatannya agar rasa dan teksturnya sedap. Bahan ditimbang agar sama dan tidak terlebih atau terkurang. Begitu juga dengan suhu waktu membakar kek.
Namun selalu juga kita dengar orang-orang tua dahulu buat kek main agak-agak sahaja mengunakan sukatannya. Ada yang pakai cawan dan mangkuk sahaja. Tetapi lain pula dengan wanita ini. Menurutnya resipi ini diperoleh daripada mak ciknya. Lebih menarik lagi, ibu saudaranya itu tidak mempunyai resipi yang ditulis kemas. Semuanya dalam kepala.
“Resipi Kek Hijau ni saya dapat daripada mak cik saya raya lepas. Mudah giler. 7 bahan sahaja (saya tambah lagi 1 jadi 8 bahan) dan disukat menggunakan tin susu. Patutlah masa minta resipi, mak cik saya tak buka buku pun. Dia sebut sahaja bahan-bahannya. Cara buat tu pandai-pandai sendiri la.“ ujar Noy Yullan di dalam FBnya.
MASAK PERLU KREATIF
Sememangnya kalau kita buat apa sahaja kita perlu praktis. Kata orang putih practice makes perfect.Mungkin pertama kali buat, kita gagal kerana ada kurang di sana sini. Tetapi bila dah mula pandai sesuaikan semua, kita pasti jadi mahir. Dan kerana itulah hasil tangan masakan orang-orang tua makin lama makin sedap kerana mera melihat memasak seuatu kemahiran subjektif yang perlu digilap. Mesti kreatif agar masakan menjadi semakin bernilai.
Menurut Noy Yullah, kek hijau ini adalah satu variasi kek lama Sarawak. Kalau kek lama, semestinya sedap sebab orang-orang dulu sangat kreatif dalam mencipta dan memberikan inovasi dalam setiap masakan mereka.
“Ini adalah salah satu variasi kek lama Sarawak. Rupa dan rasa hampir menyerupai Kek Lumut. Bezanya adalah bahan dan tekstur kek. Kek Hijau lebih padat dan besar. Saya tambah esen vanila dalam adunan (resipi asal tak ada). Manis kek dapat daripada susu pekat, kaya dan horlicks”
Jom kita semak sukatan dan bahan-bahan yang digunakannya. Apa yang menarik, penggunaan tin susu sebagai sukatan memang rai. Inilah yang dikatakan benda senang yang boleh dicari. Takdelah kita susah hati nak timbang-timbang bahan dan kalau penimbang tersilap memang lain jadinya kek kita.
Lihatlah betapa moistnya kek ini. Ia juga padat dan cantik. Warna hijaunya sangat menarik dan membuatkan kita tidak sabar untuk menjamah.
Ini dia resipinya:
Kek Hijau (Kek Ijo) Loyang 7″ x 7″ x 3.5 atau 8″ x 8″ x 3″
*Nota: sukatan bahan menggunakan tin susu 500gm)
Bahan-Bahan
- 254gm unsalted pure butter (seketul)
- 6 biji telur gred double A / gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 tin susu pekat (500gm)
- 1 tin kaya (sukat kaya menggunakan tin susu)
- 1 botol kecil (30ml) pes pandan Koepoe2)
- *1 tin horlicks
- *1 tin tepung gandum
- (Satukan bahan * dan ayak bersama)
Cara-Cara:
- Pukul butter sehingga kembang (putih pucat).
- Masukkan susu pekat, kaya, dan telur satu per satu. Putar sehingga kembang dan sebati.
- Masukkan pes pandan.
- Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung gandum dan horlicks yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.
- Offkan mixer, kaub-balik adunan bagi memastikan adunan telah dipukul rata. (Kadang-kadang ada tepung menempel pada dasar mangkuk mixer. Kalau biar, nanti kek ada ketulan-ketulan tepung.)
- Sediakan loyang. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Loyang tu nak alas boleh, tak alas pun boleh asalkan kita dah gris bhgn dalam loyang.
- Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak beberapa kali atau ambil lidi, lalukan lidi ke dalam adunan secara rawak (Tak buat pun tak apa).
- Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana sehingga masak. Pastikan air kukusan sudah mendidih. (Mak cik saya kata kukus 6 jam, tapi saya kukus dalam 4 jam lebih sahaja. Asal dah masak, saya terus tutup api). Cara nak tahu kek masak atau tidak, kau ambil lidi, cucuk tengah kek dengan lidi. Cabut. Kalau masih ada sisa kek basah dan lembik melekat pada lidi tu maknanya kek belum masak.
- Apabila kek masak, terus keluarkan dari pengukus, dan buka aluminium foil. Kek tu nak dikeluarkan terus dari loyang boleh, nak tunggu sejuk dulu baru keluarkan pun boleh. Potong kek selepas kek benar-benar sejuk. Sejukkan di ruang tamu dulu. Kalau pegang bawah loyang dah x panas, boleh la potong. Siap.
Nota: Sengaja saya terangkan panjang lebar supaya semua faham. Yang baru nak belajar faham, yang dah otai lagilah faham.
MARI KITA SEMAK JUGA TIPS BUAT KEK :
Kalau nak kek menjadi seperti orang lain buat, panduan ini juga sangat berguna. Ingat memasak juga perlu kesabaran
Tepung yang diayak bukan sahaja boleh mengasingkan benda asing yang tidak perlu seperti ulat dan batu.
- Sebelum mula mengadun, pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
- Kek akan menjadi lebih gebu jika anda menggunakan bahan yang telah di ayak. Jadi, penting untuk memastikan bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, soda penaik dan garam digaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu.
- Elakkan daripada terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menjadikan kek anda mampat dan tidak gebu. Cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
Penggunaan spatula juga memudahkan proses kaup balik adunan. Dan adunan boleh dikaup semua kedalam acuan, tanpa membazir.
- Gunakan spatula untuk memasukkan tepung dan kaup balik adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati.
- Elakkan daripada menggaul adunan dengan kerap ketika menunggu adunan dibakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis kerana ia akan membuatkan adunan turun dan kek menjadi mampat. Jauhkan adunan yang menunggu daripada suhu panas.
- Hanya gunakan spatula ketika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian serta menambah bahan lain seperti pewarna dan buah-buahan kering.
- Panaskan ketuhar selama 15 minit lebih awal sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akan menyebabkan kek tidak menjadi.