Petua Menyembuhkan Selsema Dan Batuk Dengan Cepat

Apabila hidung sudah mula rasa tersumbat di pagi hari dan kekerapan bersin mula terjadi, ini merupakan tanda bahawa selesema akan mula mengambil tempat di dalam tubuh badan kita.

Ianya berlaku apabila keadaan imun tubuh sudah tidak tertahan dengan jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan selesema. Adanya, ia akan sekali gus datang bersama batuk dan demam.

1. Air Didihan Beras
Semasa menanak nasi, ambil sedikit air didihan beras tersebut sebanyak segelas. Biarkan ia menyejuk dan minum ketika ia sudah suam. Jika anda meminum air didihan beras semasa ia sudah sejuk, ia akan menjadi agak berlendir dan lebih pekat serta sekali gus menyusahkan untuk proses menelan. Dengan meminum air didihan beras ini, ia dipercayai dapat menghilangkan rasa gatal-gatal dan kering pada bahagian kerongkong tekak.

2. Halia
Perah limau nipis ke dalam segelas air panas atau suam. Ketuk beberapa hirisan halia dan campurkan bersama air perahan limau tadi. Ia boleh menghilangkan rasa sejuk dalaman.

3. Madu
Madu sebenarnya boleh mengeringkan di bahagian tekak yang mempunyai lendir kahak. Amalkan pengambilan madu bersama air suam serta sidikit perahan limau nipis untuk melegakan selesema dengan lebih cepat.

4. Kunyi Hidup dan Kapur
Bayi sememangnya mudah untuk jatuh sakit akibat sistem imunnya yang masih tidak stabil. Calitkan sedikit kunyit hidup atau kapur pada bahagian batang hidung bayi. Ianya seolah mampu menyamankan nafas di bahagian rongga hidung.

5. Bawang Putih
Bawang putih sangat baik dalam melawan bakteria yang mengakibatkan selesema. Bakar bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan ke dalam air suam dan minum.

6. Sireh
Ambil beberapa helai daun sireh. Ramas sehingga ianya mengeluarkan lendir. Sapu sedikit di bahagian hidung.

Author: admin

Leave a Reply