Tak kira bergaji ciput atau ribuan ringgit, setiap orang perlu simpan duit. Memang tidak dinafikan bukan mudah nak simpan duit kalau anda tak cukup kebal.
Dugaan demi dugaan yang ada di depan mata membuatkan usaha anda menyimpan duit sering terbantut. Bagi bergaji ciput, pasti makin sukar anda nak simpan duit sebab duit untuk diri sendiri pun cukup-cukup makan.
Sekiranya anda nak simpan duit tapi tak tahu teknik terbaik, cuba cara sempoi simpan duit ribuan ringgit yang dikongsikan Nur Aliah Mohd Nor ini. Orang gaji ciput pun boleh praktikkan teknik ini.
7 Cara Sempoi Simpan Duit Agar Gaji Ciput Pun Boleh Ada Ribuan Ringgit
Lia takut sangat bila tengok ramai anak muda di luar sana tak tahu dan tak bijak menguruskan kewangan!
Walau seboros mana pun kita, simpan wang untuk masa hadapan adalah penting untuk setiap individu.
Jadi Lia nak kongsikan 7 tips penting untuk anak muda mulakan simpanan dengan cara paling mudah!
Tips 1: Dapat Je Gaji, Asingkan Terus Untuk Simpanan Baru Guna Untuk Belanja
Berapa nak kena asingkan untuk simpanan? Guna je formula ini,
- 10% – Simpanan ✔
- 10% – Takaful
- 10% – Emergency fund
- 70% – Belanja
Simpanan biar 10% atau lebih tak apa, jangan kurangkan. Dan belanja biar maksimum 70%, kalau boleh kurangkan jadi 50%-60% lebih baik. Dapat?
Tips 2: Simpan Dekat Tempat Yang Susah Nak Keluarkan
Paling baik simpan di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Sebab bila tak ada kad ni, kita nak keluarkan duit pon jadi susah.
Contohnya; Tabung Haji, ASB dan Emas.
Bila sentuh tentang emas, tahu tak, orang dulu-dulu tak simpan duit kertas, tapi mereka simpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, EMAS ataupun rumah-rumah sewa.
Ada seorang pakcik tua ini pesan kat Lia, “Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”. Maksudnya, bila dapat duit, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah atau rumah-rumah sewa.
Sebab harta-harta tu akan membuatkan kita kaya dan boleh jana hasil daripada harta-harta yang kita ada. Menakutkannya adalah duit yang kita simpan dalam bentuk tunai, risiko kebocorannya sangat tinggi!
Tips 3: Tambah Side Income Atau Source Of Income
Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.
Just imagine, abang yang jual burger tepi jalan pon boleh jana income ribu riban, apatah lagi yang jual barang cosmetics dan perfumes. Kan.
Jangan cerita abang jual burger, orang yang jual eBook pon boleh jana income RM17,000 dalam masa 7 hari! Ha memang ada tau.
Jadi, dari duit bisnes itu boleh lah tambahkan simpanan. Lagi bisnes kita sedang mencanak naik, itu tandanya waktu terbaik untuk kita simpan banyak-banyak!
Tips 4: Potong Segala Jenis Kad Kredit, Cara Paling Extreme!
Maksudnya hentikan serta merta penggunaan kad kredit ini. Lagi-lagi orang yang tak boleh tahan nafsu untuk shopping guna kad kredit.
Tahu tak, dengan menggunakan kad kredit, anda sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda!
Serius, kalau tak mampu untuk berbelanja secara tunai, sebenarnya anda tak mampu juga untuk berbelanja atau anda sedang hidup di luar kemampuan.
Tips 5: Banyakkan Bersedekah
Allah dah janji, sekali kita sedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti!
Kalau tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, tengah buntu atau tengah di uji, jalan sebenarnya adalah sedekah.
Waktu terbaik untuk sedekah adalah waktu pagi. Buatlah minimum sedekah RM50.00 sehari.
Keajaiban sedekah ni Lia pernah rasa sendiri tau. Lia pernah hulurkan RM50 dekat sorang makcik jual kerepek ni. Kesian kan tengok dia berpeluh ke sana kemari tapi jualan tak laku-laku.
Balik je rumah tiba-tiba ada agent yang restock hampir RM1000++ masa tu jugak. Tengok! Betapa ajaibnya rezeki kan. Anda cuba la sendiri nanti.
“The More You Give, The More You Will Get Back”
Tips 6: Banyakkan Berzakat
Banyak sangat kepentingan bila kita berzakat ini. Antaranya adalah mensucikan harta.
Harta ni kan ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih. Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta dari perkara-perkara yang haram dan shubhah.
Kalau kita tak keluar untuk zakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta kita. Sebab dengan harta yang perolehi inilah akan kita gunakan untuk tampung keluarga yang susah.
Jadi. Kalau harta yang kita perolehi ni tak bersih, adakah apa yang kita buat akan mendapat keberkatan dari Allah?
Tepuk dada, tanya iman.
Tips 7: Dapat Untung, LABURKAN Duit Tersebut
Laburkan duit anda contohnya melabur di pasaran saham.
6 tempat yang boleh anda laburkan duit iaitu
- Tabung Haji
- Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF)
- Emas
- Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
- Unit Trust
- Saham
Boleh-boleh?
Wahai anak muda yang berijazah atau berdiploma, sentiasalah rajin berusaha dalam kerjaya. Dapatkan pekerjaan yang di level bawah dulu. Dengan pengalaman, anda akan meluaskan idea dan juga pemikiran.
Dan anda akan tersedar bahawa gaji besar sebenarnya pon lebih mudah diurus jika BERDISIPLIN. Yakin dan percayalah, sedikit demi sedikit menyimpan, lama-lama akan jadi banyak di masa depan!
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor via Maskulin