‘Anak Lelaki Jangan Dimanjakan’ – Ini Nasihat Doktor Kepada Ibu Bapa Agar Jangan Didik Anak Jadi ‘Raja’

Pernah berlaku di depan mata, di mana seorang anak lelaki yang berumur lebih 20 tahun masih mengarahkan ibu atau bapanya melakukan kerja-kerja seperti mengemas rumah, membasuh tandas, membersihkan halaman rumah dan yang sewaktu dengannya.

Apa yang dibuat oleh si anak lelaki tadi? Dengan dirinya yang menganggur (memilih kerja), makan, tidur, tonton TV, SMS, WhatsApp entah dengan siapa untuk jangka masa yang sangat lama. Dah bagaikan dia pula yang menjadi raja dalam rumah.

Mengapa jadi begitu? Ini berlaku kerana ibu bapa terlalu memanjakan anak sehingga anak naik kepala. Akibatnya, ibu bapa menjadi hamba kepada anak. Bagi ibu bapa yang masih ada anak kecil, didiklah mereka seawal usia seperti yang dinasihatkan oleh Doktor Taufiq Razif. Semoga bermanfaat.

SAYA pernah tengok ada anak lelaki jadikan ibu dia sebagai hamba. Daripada buang sampah sampailah basuh mangkuk jamban pun ibu dia yang terpaksa buat. Selidik punya selidik, rupanya si ibu terlampau manjakan si anak lelaki!

Niat dah baik tetapi caranya itu salah. Anak mungkin berhak menjadi raja hanya ketika umurnya di bawah dua tahun, tapi bukannya sampai umur 20 tahun! Tanpa sedar, kasih sayang tadi menjadi ‘delic10us po1s0n’ yang membv nuh kepimpinan dalam diri si anak tadi.

Sebab itulah:

  • Jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
  • Kena berani suruh anak lelaki buang sampah
  • Kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
  • Kena biasakan anak lelaki memasak
  • Kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata-mata

Ini semua adalah persediaan hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.

Bapa yang percaya anak takkan bertukar menjadi pon-dan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Author: admin

Leave a Reply