PARA SUAMI JANGAN BUAT DEKKK SAJA.
Meroyan adalah umpama bom jangka dalam diri seorang ibu yang sedang berpantang dan selepas tempoh tersebut. Andai tidak dikesan awal, dirawat awal, kesannya akan terbawa-bawa sehingga hari tua, malahan sehingga ke akhir usia. NauzubILLAHi Mindzalik.
Postpartum Psychiatric Illness (Meroyan) terbahagi kepada 4 pecahan utama iaitu :
- Postpartum Disturbance (Meroyan awal)
- Postpartum Depression (Meroyan Sedar)
- Postpartum Blues (Meroyan Separa Sedar)
- Postpartum Psychosis (Meroyan Tidak Sedar)
Setiap 1 pecahan mempunyai 3 jenis simptom berbeza. Menjadikan masalah yang dipanggil Meroyan ini ada 12 jenis kesemuanya. Amat, amat, amat, amat, amat penting untuk diketahui semua orang, dari segi punca, simptom, pencegahan dan cara perawatan.
Kerana hampir 80% wanita mengalaminya kerana tidak menjalani proses berpantang (Postpartum) dengan baik. Bezanya mereka sedar dengan tidak. Ada yang mula merasakannya pada usia 50-60an.
Ianya berkaitan dengan sistem kelenjar, sistem neuro dan sistem organ (meroyan merujuk kepada kalimah Batu Meriyan iaitu pintu rahim yang juga dipanggil sebagai Cervix) tersebut sendiri.
Suatu kes, yang tidak lama, tidak juga baharu, seorang Ustazah dari sebuah sekolah agama, dalam usia 50-an, dibawa bertemu sang faqir, oleh suaminya yang juga seorang Ustaz. Masalah Ustazah S ini sudah berlarutan selama lebih dari 7 tahun, sehingga terpaksa diberhentikan daripada perkhidmatan.
Bermula dari bercakap seorang diri, sehingga kepada marah tidak menentu pasal, membawa kepada berada di bilik air begitu lama, sehingga mencecah hampir 3jam setiap kali masuk ke bilik air, semata-mata untuk berwudhu’. Serta banyak lagi perkara lain, termasuk memaki hamun suami, dengan tiada sebab iaitu secara tiba-tiba.
Hal tersebut membawa memaksa beliiau perlu mengambil ubat penenang. Dibawa bertemu pelbagai perawat, ada yang mendakwa saka, ada yang mendakwa sihir, ada yang sudah sembelih, masuk botol, buang ke laut, dan pelbagai lagi.
Apabila dibawa bertemu sang faqir. Setelah diceritakan oleh suami beliau akan perihal beliau, sang faqir bertanya 3 soalan, iaitu ;
- Anak bongsu umur berapa?
- Siapa menguruskan isteri selepas isteri bersalin?
- Bilakah kali pertama Ustazah S dikesan bermasalah?
Maka, ini jawabnya ;
- Anak bongsu sudah berusia 25tahun
- Isteri dihantar ke kampung diuruskan oleh ibu si suami. Cuma semasa anak bongsu dilahirkan, ibu suami agak uzur, maka diupah akan mereka seorang bidan.
- Masalah Ustazah S mula dikesan kira-kira anak yang bongsu berumur 5 tahun, bercakap seorang diri, namun boleh dikawal, tetapi bermula 10 tahun kedua, Ustazah S sudah mula bersikap pelik, dingin untuk tidur bersama, menolak untuk makan bersama dan paling utama Ustazah S, gemar memaki hamun suaminya walaupun di khalayak ramai.
Daripada Diagnos lisan dan pemerhatian, sah Ustazah S sedang mengalami masalah ‘Meroyan Batu’ iaitu pada peringkat Postpartum Psychosis. Dengan tambahan beberapa soalan kepada si suami yang sang faqir fikirkan tidak sesuai kongsikan umum begini.
Sewaktu berdepan dengan sang faqir, Ustazah S sesekali menunduk, sesekali memandang tepat kepada sang faqir. Mereka sang faqir sertakan remedi dan beberapa petunjuk untuk jajarkan titik fokus (anchor) atau dalam istilah An Nafs (Perubatan Islam) digelar ‘Murtakizun’. Paling utama, kes ini bukan kes berkaitan dengan jin, saka, sihir dan seangkatannya.
Berbalik kepada persoalan utama, siapa sebenarnya perlu AMBIL TAHU dan AMBIL BERAT akan semua ini? Adakah wanita itu sendiri? Atau mak bidan? Atau Matron? Benar, mereka perlu ambil tahu dan ambil berat akan hal ini. Namun, yang perlu TERLEBIH AMBIL TAHU dan AMBIL BERAT adalah PARA SUAMI atau BAKAL SUAMI.
Oleh kerana itulah kami hadirkan kelas 6P, khas kali ini untuk pasangan Suami Isteri, untuk mereka lebih mengenali dan menghargai pasangan .
Kami (sang faqir dan isteri) pernah bawakan perkongsian berkisarkan PENJAGAAN, PEMAKANAN, PERAPIAN, PERAWATAN, PENCEGAHAN dan PENGURUTAN untuk para suami sendiri menjaga isteri tatkala mereka dari fasa Pre Natal (Hamil), Post Natal (Selepas Bersalin), Puerperium (Berpantang Primier) dan Postpartum (Berpantang Sekunder). Namun, sambutan hambar.
Pentingkah? Ya, amat penting. Jika bukan anda, siapa lagi perlu ambil tahu. Ya anda, siapa? Iaitu Para SUAMI dan BAKAL SUAMI.
Bukan hendak tutup periuk nasi mak bidan, sekadar ingin berkongsi akan hal yang sepatutnya para suami tahu tentang isteri masing-masing.
*Posting ini boleh dikongsikan sebagai maklumat dan dikreditkan.
Plagiat (peniruan) adalah dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali apatahlagi untuk tujuan promosi produk atau perniagaan.
https://www.facebook.com/ibnu.hussin.1/posts/2194705490780869