Perlu Ke Solat Jika Hampir Nak Bersalin Dan Tengah Sakit Contraction

Kita semua pun tahu, solat 5 waktu itu wajib dan hukumnya berdosa jika ditinggalkan, tetapi adakah sesetengah situasi boleh dikira sebagai situasi darurat.Jadi, mari kita baca perkongsian yang sangat bermanfaat ini, semoga boleh dijadikan rujukan buat bakal ibu serta peranan suami dalan meringankan kesakitan si isteri.

Assalamualaikum. Lama rasanya tak berkongsi di sini. Hari ni topik sedikit berbeza daripada biasa. Sebabnya? Sebab perkara ni penting dan pernah ditanya kepada saya oleh salah sorang mommies HypnoBirthing saya.

Jadi, perlu ke tak perlu solat kalau:

  • dah keluar tanda (mucus)
  • dah keluar darah (bloody show)
  • dah keluar air ketuban

Jawapannya, ketiga-tiga PERLU dan WAJIB. Macam mana nak solat?

Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat. Kalau tengah sakit? Kalau tak larat? Di sini suami kena ambil peranan. Tolong isteri ambil wuduk. Kalau larat solat macam biasa, solat macam biasa.Kalau tak berani rukuk dan sujud sebab takut jatuh (tengah kesakitan), boleh solat duduk. Kalau tak mampu jugak, boleh solat sambil baring.

Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu paksa diri berdiri kalau tak larat. Solat tu wajib, dalam keadaan apa sekalipun. Tapi untuk melaksanakan solat, tak berat, Allah tak susahkan kita.Nasihat saya, masuk je waktu terus solat. Sebab kalau termiss, kena ingat nak kena qodo lepas habis nifas nanti. Berbulan baru boleh ganti. Tu pun kalau panjang umur.

Sampai bila boleh solat? Sampai bersalin. Tapi kalau masuk waktu masa bukaan dah 10cm, tengah meneran kepala baby dah nak keluar, tak perlu lah berhenti gi solat dulu pulak ye…

Apa ikhtiar yang boleh buat?

  1. Cakap dengan baby. Rancang untuk bersalin bukan semasa waktu solat. Contohnya waktu pagi selepas subuh, atau waktu malam lepas solat Isya.
  2. Bawa kain dan pakaian dalam lebih untuk salin semasa solat, in case pakaian kita dah kena darah.

Beberapa persoalan yg diterima:

Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti? BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu’ dan terus solat.

Kalau mula sakit waktu zohor atau mahgrib, dan risau xlarat dah nak solat waktu asar/isya, boleh jamak tak? BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.

Kalau doktor buat vaginal exam dengan memasukkan jari ke dalam faraj untuk check bukaan, perlu ke mandi wajib sebelum solat? TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub.

NOTA TAMBAHAN:

Moga dirahmati Allah semuanya, Maklum ler, pompuan jika bersalin kadang2 tu sampai 11 – 18 jam menahan sakitnya nak bersalin nie…Dalam masa tu, mereka hanya mampu berbaring menahan kesakitan.

Jadi dalam masa sebelum bersalin tu…solat masih wajib atas diorang atau tidak???…atau wajib solat sehinggalah kuar anak beserta darah nifas??….kalo tak solat kena qada’ ler jawapnyer…gitu ker???…

Minta penjelasan abang2 panel…

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah. Pada asasnya, solat memang tidak boleh ditinggalkan walau didalam keadaan apa sekalipun. Seseorang itu hendaklah melakukan solat semampu mana yang dia boleh; berdiri ke, atau berbaring, hinggakan kepada saat paling kritikal, iaitu dengan menggunakan isyarat (eg: isyarat mata).

Akan tetapi, bagi kaum wanita kedatangan haidh ataupun nifas, solat tidak perlu dilakukan (diberi pengecualian). Bagaimana pula dengan sa’at2 hampir bersalin (labour) bagi seseorang yang ingin melahirkan anak? Berikut soalan yang diacukan oleh Syiekh Muhammad Salih al-Munajjid kepada bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

Soalan : Jika wanita hamil telah cukup masanya dan keluar darah dan mengalami sakit, akan tetapi dia tidak mengetahui samaada terdapat ‘contraction’ yang boleh membawa kepada kelahiran atau ‘contraction’ yang kemudiannya hilang, apakah dia perlu bersolat ataupun tidak?

Jawapan : Ada dua perkara yang kita andaikan disini :

Pertama : hamil boleh berterusan tanpa ‘contractions’.
Kedua : kes yang biasa, wujudnya ‘contractions’, maka bolehlah dia berhenti bersolat.

Adakalanya apa yang berlaku adalah, dia berterusan mengalami ‘contractions’ selama 4 hingga 5 hari tanpa melahirkan anak, didalam kes ini dia hendaklah bersolat.

Soalan : Jika dia bertindak diatas andaian kedua, kemudiannya ‘contractions’nya hilang, apakah kita perlu memberitahu dia untuk melakukan qadha’ keatas solat yang tertinggal?

Jawapan : Lebih afdhal dilakukan Qadha’, kerana dia membuat keputusan berdasarkan andaian.

Kesimpulan fatwa Utsaimin nya : “jika wanita ini biasanya mempunyai ‘contractions’ untuk beberapa hari – lebih pada 2 atau tiga – maka ini bukanlah Nifas dan dia hendaklah menunaikan solat. Jika ia bukanlah kebiasaan yang terjadi, maka kita andaikan bahawa ia adalah Nifas dan erti kata solat tidak perlu dilakukan. Jika dia berhenti bersolat, kemudian didapati bahawa ianya bukan nifas, maka didalam kes ini kita mengatakan bahawa : jika dia mengqadha’ solat yang tertinggal, ini adalah baik, dan jika dia tidak mengqadha’kan solat yang tertinggal, maka tidaklah salah kerana dia bertindak diatas dasar andaian.”

Berikut adalah fatwa dari al-Lajnah al-Daaimah Arab Saudi :-

إذا كان الأمر كما ذكر من رؤيتها الدم وهي حامل قبل الولادة بخمسة أيام فإن لم تر علامة على قرب الوضع كالمخاض وهو الطلق فليس بدم حيض ولا نفاس بل دم فساد على الصحيح وعلى ذلك لا تترك العبادات بل تصوم وتصلي وإن كان مع هذا الدم أمارة من أمارات قرب وضع الحمل من الطلق ونحوه فهو دم نفاس تدع من أجله الصلاة والصوم ثم إذا طهرت منه بعد الولادة قضت الصوم دون الصلاة .
“Jika sebagaimana yang dinyatakan perkara tersebut, apabila dia melihat darah semasa dia hamil, 5 hari sebelum bersalin, tetapi dia tidak nampak apa2 tanda bersalin telah wujud, seperti sakit bersalin (labour pain), maka darah ini bukanlah haidh atau nifaas, akan tetapi menurut pandangan yang benar ia merupakan sejenis pendarahan yang tidak menentu (irregular). Di atas dasar ini, dia hendaklah tidak berhenti melakukan ibadat, dia hendaklahj bersolat dan berpuasa. Jika pendarahan diikuti dengan tanda-tanda bersalin, seperti contractions dan lain2, maka ia adalah nifas dan hendaklah dia berhenti bersolat dan berhenti berpuasa, maka apabila telah bersih setelah bersalin, hendaklah dia mengqadha’ puasa, dan tidak perlu mengqadha’ solat”

Sekian, wassalam

Sumber: soaljawab

Author: admin

Leave a Reply