Kenapa Surirumah Merupakan Pekerjaan Yang Mulia? Mesti Baca

Memang betul, surirumah ini hanya duduk di rumah dan ‘TIDAK BEKERJA’ secara rasminya dengan majikan. Bila tak kerja, tak dapat duit. Bila tak dapat duit, surirumah dianggap tidak menyumbang kepada ekonomi keluarga. Apa kata anda?

TAHUKAH ANDA PEKERJAAN SURIRUMAH BOLEH MENCECAH ‘GAJI’ 30K SEBULAN?

Menurut tinjauan Salary.com yang dilaporkan oleh FORBES, seorang ibu surirumah sekurang-kurangnya memegang 10 peranan dalam sebuah keluarga.

Antaranya peranan tersebut termasuklah seorang guru, pengasuh anak, pengurus, tukang masak, pencuci & pembersih rumah, pemandu, dan sebagainya. Semua ini memerlukan kemahiran yang berbeza dan sudah pasti ia bukannya mudah untuk dilakukan secara konsisten setiap hari.

Oleh sebab itu, pakar berpendapat bahawa masa yang diluangkan beserta kemahiran yang mereka miliki ini sebenarnya melayakkan mereka menerima sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Bahkan, bergantung pada pelbagai lagi kerja-kerja extra yang mereka lakukan, ‘gaji’ seorang surirumah boleh mencecah USD 115,000 setahun , iaitu sekitar RM 30,000 sebulan.

TAK PERNAH ADA OFF DAY APA LAGI ME TIME?

Menurut laporan itu lagi, para ibu surirumah meluangkan sekurang-kurangnya 97 jam seminggu untuk melakukan pelbagai kerja – malah mereka sentiasa on call dan tak pernah mempunyai hari cuti walaupun sakit atau perlu menyelesaikan urusan tertentu.

Kita boleh lihat sendiri situasi yang selalu berlaku, dalam keadaan terdesak ibu tetap membawa anak-anak kecil untuk membeli keperluan rumah, pergi check-up mengandung, atau menyelesaikan urusan tertentu di pejabat-pejabat awam. Walaupun nampak biasa, tapi hanya seorang ibu yang tahu rasa ‘macam baru balik berperang’ setiap kali sampai di rumah.

Walaupun ibu tengah sakit, anak-anak biasanya tetap mahukan ibu untuk layankan mereka, temankan mereka, dan buatkan macam-macam untuk mereka walaupun si ayah tengah relaks tengok TV dan minum kopi di depan.

KERJA YANG SANGAT RUMIT. SEMUA KENA FIKIR

Selain itu, kerja yang dilakukan seorang surirumah juga sangat rapi dan sentiasa menepati citarasa setiap ahli keluarga dalam rumah. Bayangkan kalau kita upah orang lain untuk lipat baju, memasak, tuisyen, dan sebagainya. Tentu rasa ‘lain macam’ kan? Ini kerana cara mereka buat kerja tak sama dengan apa yang kita dah biasa.

Dalam hal memasak contohnya, ibu lebih tahu apa yang anaknya suka makan, apa yang nak diasingkan, bagaimana ia patut dihidangkan. Cuba kalau kita minta macam-macam masa order di warung, ada masa dia nak layan semua request macam tu? Begitu juga halnya dalam bab-bab lain seperti menguruskan rumah. Semuanya serba rapi dan sistematik untuk semua. Patutlah kalau ada apa-apa yang hilang, tanya saja dekat ibu. Mesti dia akan tahu!

Maka, para suami perlu cuba betulkan perspektif anda. Sebenarnya jika isteri anda seorang surirumah, anda telah menjimatkan wang beribu-ribu ringgit untuk mengupah orang lain melakukan SEMUA pekerjaan yang mereka lakukan sepanjang hari.

Author: Rahsia Rumahtangga Dot Com

Leave a Reply