Cara Ubati Anak Kecil Yang Demam Dengan Menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran

Soalan : Saya nak tanya macamana cara nak ubati anak kecil yang demam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran? 

Jawapan : 

Doa Demam Panas : Amalkan bacaan Al-Fatihah (7x), ayat kursi (1x), doa demam panas (3x). Dibaca pada air kosong & bagi anak minum.

Doa demam panas “Dgn nama Allah Yg Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat & kejahatan kepanasan api”.

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.” (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari, no. 3023)

Dalam dunia perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal. Hadis lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiis ash Shohihah no. 1821).

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”.(HR. Muslim no. 2573).

Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.(HR. Bukhari no. 5678).

Video:

Sumber: u-tube  

Author: JVC

Leave a Reply