Petua, Petua suami isteri, Tips Rumahtangga, Tips Suami Isteri

Tips Rumahtangga Harmoni

Tips Rumahtangga Harmoni

Bila kamu miskin. Berjodoh pula dengan pasangan yang miskin. Jangan risau takut hidup makin susah.

Cuba fikir positif.

Mula hidup susah payah dengan pasangan. Susah. Tak cukup duit. Tapi tempuh dan jalani bersama-sama. Berperingkat-peringkat. Katalah 10 tahun pertama hidup susah, kemudian berkat usaha bersama dan yakin pada rezeki Allah, 10 tahun yang berikutnya hidup senang sedikit.

Suatu hari nanti, bila duduk bersama dengan pasangan imbas balik masa zaman-zaman susah dulu. Bila tengok kerusi perabot, peti sejuk atau dapur yang ada di rumah kita tu, maka keluarlah soalan yang lebih kurang macam ni,

“Ingat tak lagi kali pertama kita nak beli ni?”

Susah. Miskin. Takde duit.
Tapi percayalah.
Fasa susah dan senang tu. Lebih manis dikenang.
Diingati sampai bila-bila.

www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

82 − = 73

error: Content is protected !!