Umum

Tips Buat Isteri Solehah

Tips buat isteri solehah:

1-Isteri yang baik akan menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman yang menyejukkan hati.

2-Jika suami sedang menghadapi masalah, maka ia tidak akan melakukan sesuatu yang akan menambahkan lagi masalahnya. Sebaliknya ia segera menyambut dan melayani segala keperluan suaminya.

3-Kepulangan suaminya, sekalipun keadaan suaminya agak berlainan dari biasa, tidak pada tempatnya si isteri menyoal ini dan itu dengan bertubi-tubi. Bersabarlah dan bertenanglah!

4-Apabila keadaan suami sudah tenang dan sudah memakai pakaian rumah, biasanya ia akan menjelaskan apa yang sedang berlaku dan difikirkannya.

5-Jika si suami belum menjelaskannya, ketika itu si isteri boleh bertanya dengan cara yang paling menyenangkan, bukan dengan cara mendesak.

6-Sekiranya si isteri boleh membantu, segeralah bantu untuk mengurangkan masalah yang menyusahkan hati suaminya.

7-Hal itu mungkin dapat meringankan sedikit beban suami.

8-Ketika itu si suami mungkin akan lebih menyedari bahawa di rumahnya terdapat sebuah permata yang sangat bernilai, lebih tinggi nilainya dari mana-mana permata.

 

Sumber: Dr. Aidh Abdullah al-Qarni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!