Tiap Kali Selit Nama Mak Dalam Doa , Semua Doa Ibu Muda Ini Dimakbulkan . Belum Pernah Gagal. Macamana Caranya ?

Sedikit perkongsian daripada seorang ibu di laman sosial.  Berkongsi pengalaman, tentang cara berdoa yang diamalkan.

Doa adalah permohonan kepada Allah yang disertai kerendahan hati untuk mendapatkan suatu kebaikan dan permintaan yang berada di sisi-Nya. Sedangkan sikap khusyu’ dan tadharru’ dalam menghadapkan diri kepada-Nya merupakan hakikat pernyataan seorang hamba yang sedang mengharapkan tercapainya sesuatu yang dimohonkan. Itulah pengertian doa secara syar’i yang sebenanya.

Jom ikuti kisah doa yang dimakbulkan bila selit nama ibu dalam doa seperti yang dikongsikan ibu muda ini.

Sedikit intro tentang aku. Aku seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak kecil. Yang kedua coming soon Insyaallah September nanti. Aku tidak bekerja. Aku hanya berniaga cookies yang aku buat di rumah secara online.

Sebelum ni aku pernah terbaca satu kisah tentang seorang mak yang memesan kepada anaknya, kalau nak berdoa apa-apa, jual nama mak. Contoh kalau doa nak bawak suami atau isteri pergi umrah, doa macam ni “Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak suami / isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.

Kalau nak beli rumah, doa macam ni “Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”. Menurut maknya, insyaAllah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Si ibu tadi ada share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap dan gemuk. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik.

Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat macam ni? Dia pun kata “Setiap hari aku berdoa pada Allah, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”. (Wallahualam)

Dan aku pon cuba amalkan. Setiap hari. Sambil aku nak lintas jalan, sambil aku buat kerja rumah, sambil aku buat cookies. Doa aku semoga Allah murahkan rezeki aku agar aku dapat bantu mak aku.

Agar aku mampu buat mak aku hidup senang. Alhamdulillah. Setiap hari aku dapat tempahan cookies walaupon tak banyak. Aku mampu hulurkan wang belanja untuk mak dan keluarga aku di kampung.

Pagi tadi mak aku call tanya ada duit tak. Mak nak bayar amanah minggu ni. Adik pon kena beli uniform kolej. Boleh mak pinjam sikit. Insyaallah hujung minggu ni mak bayar balik. Aku terdiam tak tahu nak jawab apa. Aku sebak, macam mana aku nak tolong mak aku hari ni?

Dalam akaun aku cuma ada RM37.56 je. Aku berserah sesungguhnya. Dan aku terus merayu memohon “Ya Allah, kau limpahkanlah seluas luas rezeki untuk aku agar aku dapat senangkan mak aku Ya Allah. Ya Allah, murahkanlah rezeki aku hari ni supaya aku mampu bantu mak aku Ya Allah” berulang ulang kali aku berdoa.

Aku berdoa dengan menjual nama mak aku. Allahuakbar, ternyata Dia Maha Mendengar. Petangnya, dua orang vendor aku bankin duit sewa, agent cookies bankin duit cookies, customer doorgift langsaikan bayaran baki dan ada customer order cookies untuk raya siap bankin full payment. Aku terus sujud syukur. Hebat kuasaMu Ya Allah. Allah angkat doa aku.

Lepas ni bila nak doa boleh la selit nama mak yang mana masih ada mak. Kalau dah takde mak, gunalah nama ayah, nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat mertua dengan mak ayah kandung sama je takde beza pun. Tanpa doa dan restu mak ayah, tak kemana pun kita.

Sumber : Syahida via utusankami

Apa Maksud Berdoa Kepada Allah yang Sebenarnya?

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan Salam untuk Rasulullah S.A.W. dan tiada nabi lagi selepasnya, Pembawa Rahmat Keseluruh Alam.

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita hari ini. Kali ini mari kita bincangkan tentang tajuk berdoa sekali lagi kerana saya baru sahaja mandapatkan ilmu baru tentang cara berdoa kepada Allah yang sebenar-benarnya. Dan saya rasa ilmu berdoa ini sangat penting untuk dikongsikan kerana masih ramai orang-orang Islam yang tersilap akan definisi berdoa yang sebenar.

Ilmu yang saya terima ini telah disampaikan oleh Ustaz Adi Hidayat dan Dr Shafie Mohd Amin. Berkat ilmu yang disampaikan oleh kedua-dua ustaz di atas, saya lebih bersemangat untuk share segala ilmu yang saya pelajari. Lebih-lebih lagi tentang berdoa kerana sebagai seorang hamba yang lemah, kita akan sentiasa berdoa meminta pertolongan kepada yang Maha Pemberi.

Cara berdoa yang betul

Jadi, mari kita sama-sama mengamalkan cara berdoa yang sebenar kepada Allah S.W.T. Pertama Sekali, sebelum bermula,ini dalil tentang cara berdoa tersebut di bawah.

Firman Allah:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku (Allah) maka (beritahu kepada mereka),sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka mematuhi perintah-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.

(Al-Baqarah 2:186)

Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T. telah berfirman untuk memberitahu bahawa Dia dengan hamba-Nya sangatlah dekat. Bahkan ada dalil yang lain mengatakan bahawa Allah S.W.T. lebih dekat lagi daripada urat leher kita. Seterusnya Allah Ta’ala menyambung firman-Nya dengan ayat di bawah:

أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

…Aku (Allah) perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku…

Manakala berdasarkan ayat di atas ini pula, menurut Ustaz Adi Hidayat, ayat di atas ini merupakan di antara intipati doa. Iaitu apabila seseorang Mukmin itu berdoa kepada Allah S.W.T, segala doanya pasti akan dikabulkan oleh Allah. Cuma masa doa itu dikabulkan sahaja yang kita tidak tahu bila. Boleh jadi selepas beberapa minggu, bulan, tahun atau pun di akhirat nanti.

Jadi, kita tidak seharusnya gusar dan gelisah dengan pemberian Allah. Kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Sebagaimana Firman-Nya:

اِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ

Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.

Juga, Allah telah berfirman yang masa depan itu akan datang dengan sendirinya. Tidak perlu kita menunggu bilakah hari itu akan terjadi. Sebaliknya, fokuskan sahaja ibadah anda pada hari ini.

Firman Allah:

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan..

(Al-Nahl 16:1)

Apakah Punca Doa kita Tidak dimakbulkan?

Tetapi persoalannya, mengapa masih banyak doa orang-orang Muslim yang tidak dimakbulkan walaupun mereka sudah berdoa? Dan jawapan kepada soalan ini telah dijawab juga oleh Allah dalam sambungan ayat di atas iaitu:

فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

…Maka hendaklah mereka mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.

Berdasarkan ayat di atas, Dr Shafie Mohd Amin telah menerangkan kepada saya bahawa sambungan dalil di atas ini merupakan syarat dan cara berdoa yang sebenar. Iaitu dengan:

  1. Taat kepada perintah Allah.
  2. Beriman kepada Allah.

Tetapi malangnya, orang-orang Muslim sekarang hanya ingatkan cara doa yang betul hanyalah menadah tangan sambil meminta kepada Allah sedangkan dalil di atas tidak pun mengatakan sedemikian rupa. Lebih dahsyat lagi, penulis sendiri juga baru sahaja tersedar dan tersentap juga dibuatnya. Kerana selama ini cara doa kita sudah tersilap sama sekali.

Tentang cara berdoa yang kedua (beriman kepada Allah) saya rasa anda semua sudah mengetahuinya iaitu dengan mengucap dua kalimah syahadah.  Jadi saya tidak akan fokuskan pada point kedua ini. Sebaliknya saya terus fokuskan kepada cara berdoa pertama. Iaitu perkara yang sering ditinggalakan oleh orang-orang yang yang berdoa kepada Allah.

Disebabkan cara pertama adalah taat pada perintah Allah, persoalannya bagaimanakah caranya yang sebenar untuk taat kepada Allah? Jawapannya, sudah tentu kita perlu mempelajari dahulu segala perintah-perintah Allah S.W.T yang termaktub di dalam al-Quran. Dengan erti kata lain, step pertama untuk taat pada perintah Allah adalah dengan mempelajari al-Quran.

Namun, jika anda kekal terus degil untuk tidak mempelajari ilmu al-Quran, hidup anda akan susah untuk taat kepada perintah Allah kerana anda tidak faham pun mengapa perintah itu diperintahkan oleh Allah Azza Wa Jalla. Akibatnya, hidup anda mudah bergelumang dengan dosa dan dosa inilah punca doa anda terhalang daripada dimakbulkan. Lebih teruk lagi, segala usaha berdoa anda kemungkinan akan menjadi sia-sia. Oleh itu, marilah kita sama-sama merajinkan diri untuk datang ke majlis-majlis ilmu untuk mempelajari ilmu al-Quran.

Bilakah kali terakhir Anda mempelajari al-Quran?

Jika semalam atau minggu lepas jawapan anda, Alhamdulillah. Tetapi jika bulan atau tahun lepas, jangan salahkan Allah S.W.T. sekiranya doa anda tidak dimakbulkan. Sebaliknya, salahkan diri anda kerana anda yang tidak taat kepada perintah Allah.

Akhir Kalam, cara berdoa dengan betul sudah dikongsikan, kini masanya untuk mempraktikannnya sahaja. Selamat beramal sahabat-sahabat sekalian.

Wallahua`lam.Suka dengan bacaan itu tadi ? Bantu kami untuk share ya !
Terima kasih dan Jumpa Lagi !

Wassalam …

sumber beritadinding.blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

58 + = 59